Gunakan pengesahan penyepaduan dengan Google Workspace dalam Apple Business Manager
Konfigurasikan proses pengesahan penyepaduan
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir atau Pengurus Individu.
Ketik nama anda di bahagian bawah bar sisi, ketik Keutamaan , kemudian ketik Akaun .
Di sebelah Pengesahan Penyepaduan, ketik Edit, pilih Google Workspace, kemudian ketik Sambungkan.
Ketik “Daftar masuk dengan Google”, masukkan maklumat pentadbir Google Workspace anda, kemudian ketik Seterusnya.
Masukkan kata laluan untuk akaun tersebut, kemudian ketik Seterusnya.
Jika perlu, semak senarai domain yang disahkan secara automatik dan mana‑mana domain yang mempunyai konflik.
Terima Terma dan Syarat, kemudian semak yang berikut:
Lihat laporan audit untuk domain G Suite anda
Lihat domain yang berkaitan dengan pelanggan anda
Lihat maklumat tentang pengguna di domain anda.
Ketik, Teruskan kemudian ketik Selesai.
Dalam beberapa kes, anda mungkin tidak dapat menambah domain anda. Sebab‑sebab biasa adalah:
Akaun pentadbir Google Workspace yang digunakan tidak mempunyai kebenaran untuk menambah domain.
Nama pengguna atau kata laluan daripada akaun dalam langkah 4 atau 5 adalah tidak betul.
Anda atau pentadbir Google Workspace yang lain telah mengubahsuai atribut lalai.
Hidupkan pengesahan penyepaduan
Jika anda merancang untuk menyegerak dengan Google Workspace, anda mesti menghidupkan pengesahan penyepaduan sebelum anda menyegerak.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir atau Pengurus Individu.
Ketik nama anda di bahagian bawah bar sisi, ketik Keutamaan , kemudian ketik Akaun .
Ketik Edit di bahagian Domain, kemudian hidupkan pengesahan penyepaduan untuk domain yang telah berjaya ditambah ke Apple Business Manager.
Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk mengemas kini semua akaun.
Uji pengesahan penyepaduan
Anda boleh menguji sambungan pengesahan penyepaduan selepas anda melaksanakan tugasan berikut:
Anda telah berjaya melengkapkan sambungan dan pengesahan ke domain anda.
Semakan konflik nama pengguna lengkap.
Format lalai Apple ID Terurus dikemas kini.
Nota: Akaun dengan peranan Pentadbir atau Pengurus Individu tidak boleh mendaftar masuk menggunakan pengesahan penyepaduan; mereka hanya boleh menguruskan proses penyepaduan.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan akaun.
Jika nama pengguna yang anda guna untuk mendaftar masuk dijumpai, satu skrin baharu menunjukkan bahawa anda mendaftar masuk dengan akaun dalam domain anda.
Ketik Teruskan, masukkan kata laluan untuk pengguna, kemudian ketik Daftar Masuk.
Daftar keluar daripada Apple Business Manager.
Nota: Pengguna tidak dapat mendaftar masuk ke iCloud.com melainkan mereka mendaftar masuk menggunakan Apple ID Terurus terlebih dahulu pada peranti Apple yang lain.