Aliran kerja peranti dalam Apple Business Manager
Apple Business Manager menyediakan cara yang cepat dan cekap untuk anda mengerahkan peranti Apple yang telah dibeli oleh organisasi anda secara langsung daripada Apple atau daripada Penjual Semula Berdaftar Apple atau pembawa selular yang mengambil bahagian. Anda boleh mendaftarkan peranti secara automatik dalam pengurusan peranti mudah alih (MDM) tanpa perlu menyentuh atau menyediakan peranti secara fizikal sebelum pengguna mendapatkannya.
Selepas anda mendaftar untuk Apple Business Manager, anda perlu menyelesaikan 5 langkah sebelum anda boleh mula mengurus peranti.
Langkah 1: Pautkan kepada Apple atau kepada penjual semula yang mengambil bahagian
Jika anda memautkan Nombor Pelanggan Apple atau Nombor Penjual Semula anda ke Apple Business Manager, selepas pemautan lengkap, sebarang pesanan peranti iPhone, iPad, , Apple TV dan komputer Mac muncul secara automatik dalam Apple Business Manager. Lihat Urus pembekal peranti.
Langkah 2: Pautkan ke penyelesaian MDM pihak ketiga
Anda mesti memaut ke sekurang‑kurangnya satu penyelesaian pengurusan peranti mudah alih (MDM) pihak ketiga dalam Apple Business Manager sebelum anda boleh mula menugaskan peranti.
Langkah 3: Tambahkan peranti anda ke Apple Business Manager
Peranti yang dibeli dengan Nombor Pelanggan Apple anda atau Nombor Penjual Semula muncul secara automatik dalam Apple Business Manager. Anda juga boleh menambah peranti yang anda miliki secara manual menggunakan Apple Configurator. Lihat Tambah peranti daripada Apple Configurator.
Langkah 4: Tugaskan peranti ke pelayan MDM
Selepas peranti muncul dalam Apple Business Manager, anda mesti menugaskannya ke pelayan MDM. Anda boleh menugaskan peranti secara manual ke pelayan MDM atau menyediakan tugasan automatik. Lihat Tugaskan, tugaskan semula atau batalkan tugasan peranti.
Langkah 5: Daftarkan peranti dalam MDM
Peranti kini boleh didaftarkan dalam MDM, supaya dasar pengurusan boleh digunakan. Anda boleh mendaftarkan peranti yang anda miliki secara automatik atau pengguna boleh mendaftarkan peranti mereka secara manual. Apabila pengguna mendaftarkan peranti mereka, peranti tersebut ditugaskan ke MDM dan ditambahkan ke senarai peranti dalam Apple Business Manager.