Urus pembekal peranti dalam Apple Business Manager
Anda boleh menambahkan peranti ke Apple Business Manager pada masa pembelian. Untuk berbuat demikian, anda mesti:
Masukkan Nombor Pelanggan Apple jika anda membuat pembelian daripada Apple.
Kongsi ID Organisasi anda.
Masukkan Nombor Penjual Semula untuk Penjual Semula Berdaftar Apple atau pembawa selular yang telah dibeli.
ID Organisasi anda
ID Organisasi ialah pengecam unik dalam Apple Business Manager. Apabila anda memberi Penjual Semula Berdaftar Apple atau pembawa selular yang mengambil bahagian ID Organisasi anda (dan anda menambah Nombor Penjual Semula itu kepada profil akaun anda), anda memberi kuasa kepada penjual semula itu untuk menyerahkan peranti yang anda beli melalui mereka kepada Apple supaya nombor siri peranti muncul dalam Apple Business Manager. ID Organisasi boleh juga digunakan dengan pembangun aplikasi supaya mereka boleh mengedarkan App Tersuai yang khusus ke organisasi anda.
Nombor Pelanggan Apple
Nombor pelanggan Apple ialah nombor (atau berbilang nombor) akaun yang ditugaskan ke organisasi anda oleh Apple, digunakan untuk membeli perkakasan atau perisian Apple. Nombor ini diperlukan untuk mengesahkan kelayakan organisasi anda untuk menyertai program tertentu. Jika anda tidak mengetahui nombor tersebut, hubungi ejen pembelian anda, jabatan kewangan atau pasukan akaun Apple. Nombor ini tidak sama seperti nombor akaun GSX anda.
Nombor Penjual Semula
Nombor Penjual Semula ialah pengecam unik bagi setiap Penjual Semula Berdaftar Apple atau pembawa selular yang mengambil bahagian dalam Apple Business Manager. Apabila anda menambah Nombor Penjual Semula Berdaftar Apple atau Nombor Penjual Semula pembawa yang mengambil bahagian ke profil akaun anda (dan memberi penjual semula tersebut ID Organisasi), anda memberi kuasa kepada penjual semula itu untuk menyerahkan peranti yang dibeli melalui mereka ke Apple supaya nombor siri peranti tersebut muncul dalam Apple Business Manager.
Jika anda tidak mengetahui Nombor Penjual Semula bagi Penjual Semula Berdaftar Apple atau pembawa selular yang mengambil bahagian, hubungi mereka untuk mendapatkan bantuan.
Terdapat dua cara anda boleh menambah Nombor Penjual Semula:
Kali pertama anda memilih Peranti dalam bar sisi
Dalam Keutamaan > Tugasan Pelayan MDM
Selepas ID Organisasi dan Nombor Penjual Semula ditukar dan disahkan, anda boleh mengaturkan dengan Penjual Semula Berdaftar Apple atau pembawa selular yang mengambil bahagian untuk meminta mereka menyerahkan pesanan anda melalui portal ke Apple (tindakan ini tidak akan berlaku secara automatik).
Cari ID Organisasi anda
Selepas organisasi anda diluluskan untuk Apple Business Manager, anda boleh mencari ID Organisasi anda. Jika anda membeli peranti daripada Penjual Semula Berdaftar Apple atau pembawa selular, anda mesti memberikan ID Organisasi anda kepada mereka.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir.
Ketik nama anda di bahagian bawah bar sisi, ketik Keutamaan , kemudian ketik Maklumat Pendaftaran.
Cari ID Organisasi anda.
Tambah Nombor Pelanggan Apple atau Nombor Penjual Semula dalam bar sisi
Anda boleh menambahkan Nombor Penjual Semula bagi Penjual Semula Berdaftar Apple atau pembawa selular yang mengambil bahagian ke senarai nombor pelanggan pada kali pertama anda memilih tab Peranti pada bar sisi.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir.
Ketik Peranti dalam bar sisi masukkan Nombor Pelanggan Apple atau Nombor Penjual Semula, kemudian ketik Tambah.
Anda boleh menambahkan lebih daripada satu Nombor Pelanggan Apple atau Nombor Penjual Semula.
Nota: Apabila memasukkan Nombor Pelanggan Apple anda, jangan masukkan nombor sifar hadapan.
Tambah Nombor Pelanggan Apple atau Nombor Penjual Semula dalam Keutamaan
Anda boleh menambahkan Nombor Penjual Semula bagi Penjual Semula Berdaftar Apple atau pembawa selular anda yang mengambil bahagian ke senarai nombor pelanggan dalam Keutamaan Apple Business Manager.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir.
Ketik nama anda di bahagian bawah bar sisi, ketik Keutamaan , kemudian ketik Pengurusan Peranti .
Ketik Edit di sebelah Nombor Pelanggan, masukkan Nombor Pelanggan Apple atau Nombor Penjual Semula anda, kemudian ketik Selesai.
Jika butang Tambah hilang atau dimalapkan, maklumat ini mungkin sudah disimpan.
Nota: Apabila memasukkan Nombor Pelanggan Apple anda, jangan masukkan nombor sifar hadapan.