Edit keutamaan dalam Apple Business Manager
Dalam Apple Business Manager, anda boleh mengedit seting anda dan, bergantung pada peranan anda, keutamaan organisasi tertentu. Untuk memeriksa sama ada anda boleh melengkapkan tugas ini, lihat Keistimewaan peranan.
Edit akaun pengguna anda
Lengkapkan tugas ini untuk mengedit alamat e‑mel dan nombor telefon yang dikaitkan dengan akaun pengguna anda.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan akaun anda.
Ketik nama anda di bahagian bawah bar sisi, ketik Keutamaan , kemudian ketik Profil Saya .
Ketik Urus untuk:
Tukar alamat e‑mel anda
Tambah atau tukar nombor telefon anda yang digunakan untuk pengesahan dua langkah
Anda dibawa ke laman web Apple ID.
Tukar zon waktu dan bahasa
Lengkapkan tugas ini untuk menukar zon waktu dan bahasa untuk mesej mel dan PDF yang dihantar kepada anda daripada Apple Business Manager.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan akaun anda.
Ketik nama anda di bahagian bawah bar sisi, ketik Keutamaan , kemudian ketik Maklumat Pendaftaran .
Ketik Edit bersebelahan Zon Masa & Bahasa untuk menukar zon masa anda.
Ketik Simpan.
Setkan status cukai
Maklumat cukai (boleh dicukai atau dikecualikan cukai) yang dimasukkan untuk organisasi anda digunakan untuk kedua-dua langganan dan pembelian app, serta boleh ditetapkan atau diubah oleh mana-mana pengguna dengan peranan Pentadbir. Jika anda mengubah status cukai anda pada pertengahan bulan, ini akan ditunjukkan serta-merta untuk sebarang pembelian app baharu dan pada resit langganan anda yang seterusnya. Pengguna dengan peranan Pentadbir boleh memasukkan maklumat cukai anda sebagai boleh cukai atau dikecualikan cukai. Jika anda memilih dikecualikan cukai di Kanada atau Amerika Syarikat, anda mesti memberikan salah satu daripada yang berikut:
Nombor Pelanggan Apple (ACN)
Sijil baharu yang anda cipta menggunakan Wizard Sijil Pengecualian
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir.
Ketik nama anda di bahagian bawah bar sisi, ketik Keutamaan , kemudian ketik Maklumat Pendaftaran .
Ketik Serahkan Maklumat Cukai, pilih status cukai anda, kemudian ketik Teruskan.
Jika anda memilih Boleh Cukai, baca dialog, kemudian ketik Selesai.
Jika anda memilih Dikecualikan Cukai, masukkan ACN, ketik Teruskan, kemudian ketik Selesai.
Jika anda tidak mempunyai ACN, pilih Wizard Sijil Pengecualian, ketik Serahkan Pengecualian Cukai, kemudian lalui langkah‑langkah dalam Wizard Sijil Pengecualian. Setelah selesai, ketik Selesai.
Dayakan App Tersuai
App Tersuai ialah app yang dibangunkan untuk memenuhi keperluan perniagaan khusus organisasi anda oleh anda atau pembangun pihak ketiga. Lihat Ketahui tentang App Tersuai.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir.
Ketik nama anda di bahagian bawah bar sisi, ketik Keutamaan , ketik Maklumat Pendaftaran , kemudian ketik Dayakan di sebelah App Tersuai.
Berikan ID Organisasi anda (terletak di bahagian atas tetingkap Maklumat Pendaftaran) kepada pembangun app supaya mereka boleh menambahkan organisasi anda kepada senarai diluluskan mereka.
Anda kini boleh membeli sebarang App Tersuai tambahan daripada bahagian App Tersuai. App tersuai dikerahkan menggunakan lesen terurus dan mempunyai pilihan pengurusan yang sama seperti app App Store.
Nota: Anda mungkin melihat sebarang pembelian sebelum ini jika anda memindahkan daripada Program Pengerahan Apple (ADP) dengan akaun yang telah membeli sebarang App Tersuai dan juga memindahkan lokasi anda kepada App dan Buku.
Lihat atau simpan perjanjian lesen
Bergantung pada peranan dan keistimewaan anda, dalam setiap perjanjian lesen, anda mungkin boleh melihat nama lesen, tarikh lesen dikemas kini, tarikh lesen itu diterima dan nama pengguna dengan peranan Pentadbir yang menerima terma dan syaratnya.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan akaun anda.
Ketik nama anda di bahagian bawah bar sisi, ketik Keutamaan , ketik Maklumat Pendaftaran , kemudian ketik Lihat Sejarah di bawah Terma dan Syarat untuk melihat perjanjian lesen semasa yang diperlukan untuk menggunakan Apple Business Manager.
Jika perlu, ketik setiap perjanjian lesen untuk dilihat atau dimuat turun sebagai PDF, kemudian ketik Tutup.
Apabila anda selesai melihat atau menyimpan perjanjian lesen, ketik Selesai.
Urus akses data dan privasi
Akaun Apple ID Terurus boleh meminta salinan data mereka, tanpa mengira lokasi, melalui halaman Data & Privasi mereka, jika didayakan untuk melakukan sedemikian oleh organisasi mereka dalam Apple Business Manager. Lihat Memahami dan mengawal maklumat peribadi yang anda simpan dengan Apple.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan akaun anda.
Ketik nama anda di bahagian bawah bar sisi, ketik Keutamaan , kemudian ketik Akaun .
Untuk mendayakan akses data dan privasi, ketik Dayakan di sebelah Akses Data & Privasi, baca maklumat, kemudian ketik Dayakan.
Untuk menyahdayakan akses data dan privasi, ketik Nyahdayakan di sebelah Akses Data & Privasi.
Urus perkongsian dokumen
Bergantung pada peranan dan keistimewaan anda, anda mungkin dapat memilih dengan siapa pengguna boleh berkongsi foto serta dokumen Pages, Numbers dan Keynote. Pengguna yang mempunyai pautan perkongsian mungkin dapat melihat atau mengedit, bergantung pada cara dokumen dikongsikan. Pilihan anda ialah:
Benarkan perkongsian dokumen di dalam organisasi: Pengguna boleh berkongsi dokumen hanya dengan pengguna lain dalam organisasi anda.
Benarkan perkongsian dokumen di dalam dan di luar organisasi: Pengguna boleh berkongsi dokumen dengan sesiapa juga.
Penerima dalam organisasi menerima fail yang dikongsi secara automatik apabila dimulakan oleh mana‑mana peranan.
Organisasi yang mempunyai lebih daripada satu tika Apple Business Manager mesti menggunakan “Benarkan perkongsian dokumen” di dalam dan di luar organisasi.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan akaun anda.
Ketik nama anda di bahagian bawah bar sisi, ketik Keutamaan , kemudian ketik Akaun .
Ketik Edit di sebelah Perkongsian, kemudian pilih salah satu jenis perkongsian:
Benarkan perkongsian dokumen di dalam organisasi
Benarkan perkongsian dokumen di dalam dan di luar organisasi
Tentukan sama ada dokumen yang dikongsi diterima secara automatik, kemudian ketik Simpan.