Tukar maklumat domain pengguna menggunakan Apple Business Manager
Dalam Apple Business Manager, penukaran kepada akaun maklumat domain pengguna memerlukan pengguna mendaftar keluar dan mendaftar masuk semula dengan kata laluan baharu mereka.
Penting: Jika kata laluan pengguna ditukar dalam Azure AD, Apple Business Manager membatalkan sesi semasa dengan pengguna tersebut. Pengguna mesti mendaftar masuk semula dengan kata laluan baharu mereka untuk terus menggunakan pengesahan penyepaduan untuk akses.
Tukar peranan pengguna yang disepadukan
Apabila anda berjaya melengkapkan pengesahan penyepaduan, semua pengguna dari domain anda mempunyai peranan sebagai Kakitangan. Anda mungkin mahu menukar peranan untuk Pengurus Kandungan, Pengurus Pendaftaran Peranti dan Kakitangan. Jika anda menukar peranan kepada Pentadbir atau Pengurus Individu, pengesahan pengguna bertukar daripada Disepadukan (mereka menggunakan kata laluan Google Workspace atau Azure AD mereka) kepada Apple. Mereka masih mengekalkan Apple ID Terurus dan alamat e‑mel yang mereka ada ketika pengesahan penyepaduan dilengkapkan.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir atau Pengurus Individu.
Ketik Pengguna dalam bar sisi, kemudian cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih pengguna daripada senarai.
Ketik butang Edit , tukar peranan, kemudian ketik Simpan.
Tukar e‑mel pengguna ke domain yang disepadukan
Jika anda telah berjaya memautkan Apple Business Manager kepada domain Google Workspace atau Azure AD, anda boleh menukar akaun sedia ada supaya alamat e‑mel dan Apple ID Terurus adalah sama. Pengecualian ialah akaun dengan peranan Pentadbir atau Pengurus Individu tidak boleh menggunakan alamat yang sama untuk kedua‑duanya.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir atau Pengurus Individu.
Ketik Pengguna dalam bar sisi, kemudian cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih pengguna daripada senarai.
Ketik butang Edit , tukar alamat e‑mel, ketik OK untuk turut menukar Apple ID Terurus agar sepadan dengan alamat e‑mel, kemudian ketik Simpan.
Pengguna tersebut kini boleh daftar masuk dengan Apple ID Terurus dan kata laluan domain mereka.
Edit Apple ID Terurus menjadi domain yang disepadukan untuk seorang pengguna
Jika anda telah berjaya memautkan Apple Business Manager kepada domain Google Workspace atau Azure AD, anda boleh menukar akaun yang tidak disepadukan supaya Apple ID Terurus dan alamat e‑melnya adalah sama. Terdapat pengecualian iaitu akaun dengan peranan Pentadbir dan Pengurus Individu tidak boleh menggunakan akaun yang sama untuk kedua‑duanya.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir atau Pengurus Individu.
Ketik Pengguna dalam bar sisi, kemudian cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih pengguna daripada senarai.
Ketik butang Edit , tukar Apple ID Terurus, ketik OK untuk turut menukar alamat e‑mel agar sepadan dengan Apple ID Terurus, kemudian ketik Simpan.
Edit Apple ID Terurus menjadi domain yang disepadukan untuk berbilang pengguna
Penting: Pengguna tidak dimaklumkan apabila Apple ID Terurus mereka ditukar, jadi anda mesti memberitahu mereka sebaik sahaja anda membuat penukaran.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir atau Pengurus Individu.
Ketik Pengguna dalam bar sisi, kemudian cari akaun dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih pengguna daripada senarai.
Ketik Edit di sebelah Kemas Kini Apple ID Terurus, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tukar struktur nama pengguna unik Apple ID Terurus.
Tukar struktur nama domain.
Tukar kedua‑duanya.
Tukar Apple ID Terurus, ketik OK untuk turut menukar alamat e‑mel agar sepadan dengan Apple ID Terurus, kemudian ketik Simpan.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Ketik Aktiviti untuk melihat aktiviti ini.
Ketik Selesai.
Tukar e‑mel pengguna ke domain yang tidak disepadukan
Jika anda ingin pengguna menggunakan alamat e‑mel yang berbeza daripada e‑mel dalam akaun domain Azure AD, anda boleh menukarnya. Anda mesti memastikan alamat e‑mel dan Apple ID Terurus mereka sama. Pengecualian ialah akaun dengan peranan Pentadbir atau Pengurus Individu tidak boleh menggunakan alamat yang sama untuk kedua‑duanya.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan akaun yang berperanan boleh membuat perubahan pada akaun lain, kemudian ketik Akaun dalam bar sisi.
Ketik Pengguna dalam bar sisi, kemudian cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih pengguna daripada senarai.
Ketik butang Edit , tukar alamat e‑mel, ketik OK untuk memadankan Apple ID Terurus, kemudian ketik Simpan.
Beritahu pengguna bahawa mereka mempunyai Apple ID Terurus yang baharu.
Edit Apple ID Terurus menjadi domain yang tidak disepadukan untuk seorang pengguna
Jika anda tidak ingin pengguna menggunakan Apple ID Terurus dalam akaun domain Azure AD anda, anda boleh menukarnya. Anda mesti memastikan Apple ID Terurus dan alamat e‑mel mereka sama. Pengecualian ialah akaun dengan peranan Pentadbir atau Pengurus Individu tidak boleh menggunakan alamat yang sama untuk kedua‑duanya.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir atau Pengurus Individu.
Ketik Pengguna dalam bar sisi, kemudian cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih pengguna daripada senarai.
Ketik butang Edit , tukar Apple ID Terurus, ketik OK untuk turut menukar alamat e‑mel agar sepadan dengan Apple ID Terurus, kemudian ketik Simpan.
Beritahu pengguna bahawa mereka mempunyai Apple ID Terurus yang baharu.
Edit Apple ID Terurus menjadi domain yang tidak disepadukan untuk berbilang pengguna