Tambah pengguna secara manual dalam Apple Business Manager
Dalam Apple Business Manager, anda boleh menambah pengguna secara manual dan menugaskan peranan kepada mereka. Para pengguna ini boleh ditambah pada bila‑bila masa. Anda mesti mempunyai maklumat khusus untuk setiap pengguna, seperti nama dan alamat e‑mel mereka, dan anda juga mesti menugaskan peranan kepada setiap pengguna.
Pentadbir
Anda boleh mempunyai sehingga empat pengguna tambahan dengan peranan Pentadbir.
Penting: Anda harus menyediakan sekurang‑kurangnya seorang pengguna tambahan dengan peranan Pentadbir jika pengguna asal anda dengan peranan Pentadbir tidak dapat mendaftar masuk atas sebarang sebab. Anda juga boleh mengubah sebarang peranan Pengurus yang dicipta secara manual kepada peranan Pentadbir.
Pengurus
Jika anda ada orang lain dalam organisasi anda yang akan mengurus lokasi, peranti dan kandungan, anda boleh menambahnya dalam Apple Business Manager. Dengan cara ini, anda mengagihkan tanggungjawab pengurusan tugas tertentu—contohnya, di pejabat yang lebih besar, yang jabatannya mungkin mahu mengurus peranti dan senarai pekerja mereka sendiri.
Pengurus boleh melakukan perkara berikut, bergantung pada jenis pengurus:
Mengurus pengguna dan kumpulan pengguna: Pengurus Individu boleh mereset kata laluan, menugaskan peranan dan mengubah status akaun pengguna.
Menyediakan peranti: Pengurus Pendaftaran Peranti boleh mendaftarkan peranti Apple dalam MDM semasa pengaktifan peranti dan melangkau langkah persediaan asas untuk membolehkan pengguna bermula dengan cepat.
Membeli dan mengedarkan kandungan: Pengurus Kandungan boleh membeli lesen untuk kandungan supaya ia boleh ditugaskan (dan untuk app, ditugaskan semula) oleh MDM.
Tambah pengguna baharu dengan peranan Pentadbir
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir.
Ketik Pengguna dalam bar sisi, kemudian ketik butang Tambah di bahagian tengah atas tetingkap.
Masukkan maklumat mandatori berikut:
Nama pertama dan akhir
Peranan
Lokasi
Alamat e‑mel
Apple ID Terurus
Jika perlu, masukkan maklumat pilihan berikut:
Parap nama tengah atau nama
Nombor individu
Pusat kos
Bahagian
Jabatan
Ketik Simpan di penjuru kanan sebelah bawah tetingkap.
Cipta maklumat daftar masuk untuk pentadbir baharu.
Penting: Akaun tidak aktif sehingga pentadbir baharu mendaftar masuk dan mengubah kata laluan mereka.
Tambah pengguna baharu
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir atau Pengurus Individu.
Ketik Pengguna dalam bar sisi, kemudian ketik butang Tambah di bahagian tengah atas tetingkap.
Masukkan maklumat mandatori berikut:
Nama pertama dan akhir
Peranan
Lokasi
Alamat e‑mel
Apple ID Terurus
Pilih perkara yang akan dimulakan dengan Apple ID Terurus.
Anda juga boleh memasukkan teks, seperti noktah (sebagai contoh, amy.frost), dalam medan.
Pilih domain yang disahkan daripada senarai.
Jika perlu, masukkan maklumat pilihan berikut:
Parap nama tengah atau nama
Nombor individu
Pusat kos
Bahagian
Jabatan
Ketik Simpan di penjuru kanan sebelah bawah tetingkap.
Cipta maklumat daftar masuk untuk pengguna baharu.
Penting: Akaun tidak aktif sehingga pengguna mendaftar masuk dan mengubah kata laluan mereka.
Tambah peranan pengurus kepada pengguna sedia ada
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir atau Pengurus Individu.
Ketik Pengguna dalam bar sisi, kemudian cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih pengguna daripada senarai.
Ketik butang Edit , pilih peranan pengurus dan lokasi, kemudian ketik Simpan.