Cara mencari dalam Apple Business Manager
Dalam Apple Business Manager, anda boleh mencari aktiviti, lokasi, akaun pengguna, peranti, app dan buku supaya anda dapat mencari dengan tepat perkara yang anda inginkan. Bergantung pada peranan anda, anda mungkin tidak dapat mencari semua item.
Cari item
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan akaun anda.
Dalam bar sisi, ketik kategori yang ingin anda cari di dalamnya.
Untuk menyediakan kriteria carian dalam kategori, ketik butang Tapis dalam bar carian untuk menapis hasil carian anda. (Ketik butang Tambah untuk menambah lebih banyak penapis ke carian anda).
Aktiviti
Anda dapat mengehadkan carian anda dalam kategori Aktiviti.
Tapis untuk | Pilihan |
---|---|
Nama aktiviti | Seperti “Nyahaktifkan akaun” |
Status aktiviti | Sedang dijalankan, Berjaya diselesaikan, Diselesaikan dengan isu, Diselesaikan dengan ralat pelayan, dan Dihentikan secara manual |
Tarikh acara aktiviti | Dalam masa: 1 jam, 24 jam, 7 hari, 30 hari terakhir |
Lihat Lihat aktiviti.
Lokasi
Anda dapat mengehadkan carian anda dalam kategori Lokasi.
Tapis untuk | Pilihan |
---|---|
Sumber | Manual, Google Workspace Sync, SCIM |
Tarikh dicipta | Dalam masa: 1 jam, 24 jam, 7 hari, 30 hari terakhir |
Lihat Konfigurasikan lokasi.
Pengguna
Anda dapat mengehadkan carian anda dalam kategori Pengguna.
Tapis untuk | Pilihan |
---|---|
Status | Baharu, Aktif, Dinyahaktifkan, Dikunci |
Sumber | Manual, Google Workspace Sync, SCIM |
Pengesahan | Apple, Penyepaduan |
Lokasi | Lokasi sedia ada |
Peranan | Pentadbir, Pengurus Individu, Pengurus Pendaftaran Peranti, Pengurus Kandungan, Kakitangan |
Domain e‑mel | Domain e‑mel sedia ada |
Domain | Domain sedia ada |
Tarikh dicipta | Dalam masa: 1 jam, 24 jam, 7 hari, 30 hari terakhir |
Tarikh diubah suai | Dalam masa: 1 jam, 24 jam, 7 hari, 30 hari terakhir |
Kumpulan pengguna
Anda dapat mengehadkan carian anda dalam kategori Kumpulan pengguna.
Tapis untuk | Pilihan |
---|---|
Jenis kumpulan pengguna | Kumpulan Pengguna Pintar atau Kumpulan Pengguna yang dicipta secara manual |
Tarikh dicipta | Dalam masa: 1 jam, 24 jam, 7 hari, 30 hari terakhir |
Tarikh diubah suai | Dalam masa: 1 jam, 24 jam, 7 hari, 30 hari terakhir |
Lihat Tambah akaun kumpulan.
App
Anda dapat mengehadkan carian anda dalam kategori App.
Tapis untuk | Pilihan |
---|---|
Platform | Apple TV, iPad, iPhone, Mac, Buku |
Isu | Lokasi sedia ada |
Peranti
Anda dapat mengehadkan carian anda dalam kategori Peranti.
Tapis untuk | Pilihan |
---|---|
Pengurusan peranti | Anda boleh menugaskan semula peranti dari satu pelayan MDM ke pelayan yang lain. Sebagai contoh, anda mungkin ingin mengagihkan beban 10,000 peranti dari satu pelayan MDM ke tiga atau empat pelayan. |
Sumber | Anda boleh menugaskan peranti dari sumber yang berbeza. Sebagai contoh, anda boleh membeli semua peranti iPhone dan iPad dari satu sumber dan semua komputer Mac dari sumber yang lain. Sumbernya ialah:
|
Nombor pesanan | Menugaskan peranti melalui nombor pesanan boleh diterima jika pelayan MDM tunggal digunakan untuk mengerahkan keseluruhan peranti (atau pesanan tunggal) dan jika peranti masih dalam pembungkusan asalnya dan akan dihantar terus kepada pengguna. |
Jenis peranti | Anda boleh menugaskan peranti mengikut jenis dan model ke pelayan MDM tertentu. Kaedah ini boleh diterima jika peranti yang perlu anda tugaskan semuanya diurus dengan cara yang sama. Anda boleh mencari jenis peranti menggunakan medan carian di bahagian atas tetingkap. |
Saiz storan | Anda boleh menugaskan peranti mengikut jumlah storan yang disertakan semasa peranti dibeli. Contohnya, anda mungkin ingin menugaskan semua komputer MacBook Pro dengan storan 1 terabait ke pelayan MDM yang digunakan oleh jabatan grafik anda. |
Nombor siri | Anda boleh menampal hingga 1024 nombor siri dari fail teks, dengan setiap nombor siri dipisahkan oleh koma. |
Lihat Aliran kerja peranti.