Gunakan Daftar masuk dengan Apple dalam Apple Business Manager
Daftar masuk dengan Apple di Tempat Kerja & Sekolah ialah ciri yang menambahkan sokongan untuk Apple ID Terurus mendaftar masuk dengan Apple. Pekerja boleh mendaftar masuk dengan Apple ID Terurus mereka untuk mengakses app dan laman web yang menyokong Daftar masuk dengan Apple. Pentadbir dan Pengurus Individu boleh mengawal app yang boleh menggunakan ciri Daftar masuk dengan Apple. Untuk menggunakan ciri Daftar masuk dengan Apple di Tempat Kerja & Sekolah, peranti Apple perlu menjalankan iOS 16, iPadOS 16.1 atau macOS 13, atau terkini.
Konfigurasikan Daftar masuk dengan Apple untuk semua app
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan akaun yang mempunyai peranan sebagai Pentadbir atau Pengurus Individu.
Ketik Pengurusan Akses dalam bar sisi, kemudian ketik Daftar masuk dengan Apple.
Ketik Semua app.
Semua app yang menyokong Daftar masuk dengan Apple kini boleh digunakan dengan Apple ID Terurus pengguna.
Ketik Simpan.
Konfigurasikan Daftar masuk dengan Apple untuk app khusus
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan akaun yang mempunyai peranan sebagai Pentadbir atau Pengurus Individu.
Ketik Pengurusan Akses dalam bar sisi, kemudian ketik Daftar masuk dengan Apple.
Ketik App khusus.
Cari app yang telah anda beli, kemudian ketik Tambah di sebelah app.
Ketik Simpan.
Keluarkan app khusus daripada penggunaan Daftar masuk dengan Apple
Apabila anda mengeluarkan app, sebarang cubaan daftar masuk yang baharu akan dihalang. Pemberitahuan latar belakang dihantar kepada app berkenaan dalam tempoh 24 jam anda mengeluarkan app. Pemberitahuan ini adalah untuk meminta pendaftaran keluar automatik bagi semua pengguna sedia ada.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan akaun yang mempunyai peranan sebagai Pentadbir atau Pengurus Individu.
Ketik Pengurusan Akses dalam bar sisi, kemudian ketik Daftar masuk dengan Apple.
Pilih app yang mahu dikeluarkan, ketik Keluarkan, kemudian ketik Keluarkan.
Ketik Simpan.
Untuk membantu anda memastikan pengguna anda didaftar keluar daripada app sepenuhnya berikutan pembatalan, minta mereka mendaftar keluar secara individu daripada app yang telah anda keluarkan daripada Daftar masuk dengan Apple.