Pilih dan beli kandungan dalam Apple Business Manager
Anda boleh membeli app dan buku melalui Kedai App dan Buku dalam Apple Business Manager. Anda juga boleh membeli App Tersuai dan App Tidak Tersenarai yang disesuaikan dengan keperluan khusus organisasi anda daripada pembangun yang bekerjasama secara langsung dengan anda.
Nota: Anda mesti menyediakan kaedah bayaran sebelum anda boleh mendapatkan lesen app, walaupun ia percuma.
Cari app atau buku
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir atau Pengurus Kandungan.
Ketik App dan Buku dalam bar sisi, kemudian cari app atau buku dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih app atau buku daripada senarai.
Beli lesen
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir atau Pengurus Kandungan.
Pilih app atau buku dalam senarai hasil carian yang anda ingin beli.
Pilih lokasi di mana lesen app atau buku akan ditugaskan pada mulanya.
Masukkan bilangan lesen, dan jika perlu, ubah kaedah bayaran, kemudian ketik Beli.
Ketersediaan lesen app bergantung kepada jumlah yang dibeli. Jika anda membeli:
5,000 lesen atau kurang, ia segera diproses
5,001 hingga 19,999 lesen, ia diproses setiap hari selepas 1:00 p.m., waktu Pasifik
20,000 lesen atau lebih, ia diproses setiap hari selepas 4:00 p.m., waktu Pasifik
Beli kod app
Dalam keadaan tertentu, anda mungkin mahu membeli kod penebusan. Kod ini boleh ditebus oleh pengguna untuk mendapatkan app, yang kemudiannya dimiliki oleh Apple ID pengguna tersebut. Kod penebusan hanya boleh diedarkan kepada pengguna di negara atau rantau yang sama dengan organisasi anda. Sebagai contoh, pengguna di Kanada tidak akan dapat menebus kod kandungan yang disediakan oleh organisasi yang mendaftar dalam Apple Business Manager dengan alamat di Amerika Syarikat. Kod penebusan tidak tersedia di Korea Selatan.
Penting: Kod, selepas ditebus, tidak boleh ditugaskan semula kepada pengguna lain.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir atau Pengurus Kandungan.
Ketik App dan Buku dalam bar sisi, kemudian cari app atau buku dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih app daripada senarai.
Pilih Kod Penebusan daripada menu timbul Jenis Lesen, masukkan kuantiti, kemudian ketik Beli.
Anda juga boleh memuat turun kod penebusan daripada sejarah pembelian anda di bawah App dan Buku dalam Keutamaan.