Semak tugasan peranti dalam Apple Business Manager
Dalam Apple Business Manager, anda boleh meyemak butiran tugasan peranti anda, termasuk:
Nombor tempahan
Tarikh peranti ditugaskan atau dibatalkan tugasan
Individu yang menugaskan (atau membatalkan tugasan) peranti ke pelayan MDM tertentu
Nama pelayan pengurusan peranti mudah alih (MDM) di mana peranti telah ditugaskan atau dibatalkan tugasannya
Jumlah peranti, disusun mengikut kumpulan peranti
Anda juga boleh memuat turun fail .csv yang mengandungi nombor siri semua peranti (ditugaskan atau dibatalkan tugasannya) untuk setiap pelayan MDM.
Semak tugasan peranti
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir atau Pengurus Pendaftaran Peranti.
Ketik Sejarah Tugasan dalam bar sisi, kemudian ketik tugasan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Untuk memuat turun fail .csv dengan nombor siri yang berkaitan dengan tugasan, ketik Muat turun.