Pindahkan perkhidmatan Apple apabila menyepadukan
Apabila anda mendayakan penyepaduan dalam Apple Business Manager, organisasi anda bergantung pada beberapa perkhidmatan yang mungkin perlu dipindahkan daripada Apple ID peribadi kepada Apple ID Terurus. Berikut adalah senarai perkhidmatan tersebut dan langkah‑langkah yang disyorkan untuk memastikan tiada jurang kesinambungan dalam mengakses perkhidmatan tersebut.
Perkhidmatan Pemberitahuan Tolak Apple (APN)
Sijil APN paling kerap digunakan oleh organisasi untuk mendayakan komunikasi daripada penyelesaian pengurusan peranti mudah alih (MDM) mereka ke peranti terurus. Sijil APN yang dikaitkan dengan Apple ID peribadi boleh dipindahkan kepada Apple ID Terurus dengan menghubungi Apple. Proses ini boleh mengambil masa selama 10 hari perniagaan. Tiada gangguan dalam komunikasi antara penyelesaian MDM dengan peranti berlaku apabila pemindahan kepada akaun baharu selesai. Lihat Hubungi Apple untuk bantuan dengan sijil perkhidmatan Pemberitahuan Tolak Apple.
Program Apple Developer
Organisasi dengan keahlian Program Apple Developer mesti mencipta akaun baharu dengan peranan yang diperlukan untuk Apple ID Terurus pengguna. Untuk melakukannya:
Tukar nama pengguna Apple ID pembangun sedia ada kepada domain atau subdomain lain yang tidak disepadukan. Perkhidmatan e‑mel peribadi yang popular akan berfungsi untuk akaun pembangun.
Minta pengguna menjana Apple ID Terurus bersepadu baharu. Ini boleh dilakukan dengan mendaftar masuk ke iCloud menggunakan Seting pada iPhone atau iPad, Seting Sistem (dalam macOS 13) atau Keutamaan Pilihan Sistem (dalam macOS 12 atau lebih awal) atau semasa persediaan awal peranti.
Dalam akaun pembangun, minta ahli pasukan lain menghantar jemputan kepada Apple ID Terurus yang baharu dicipta dan tugaskan peranan yang sesuai. Untuk maklumat tentang pemindahan peranan Pemegang Akaun pembangun kepada orang lain dalam pasukan pembangunan anda, lihat Pemindahan Peranan Pemegang Akaun di laman web Pembangun Apple.
Penting: Perkhidmatan baris arahan—seperti pengesahan—yang menggunakan kata laluan khusus app tidak berfungsi dengan Apple ID Terurus.
Global Service Exchange (GSX)
Organisasi yang diluluskan yang membaiki sendiri produk Apple perlu merancang peralihannya. Mereka mungkin perlu bekerjasama dengan pasukan Apple GSX, yang alamat e‑melnya disenaraikan di bawah, bersama dengan negara atau rantau yang mereka liputi.
Alamat e‑mel Apple GSX | Negara atau rantau yang diliputi | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
svc.authorize_amr@apple.com | Kanada Amerika Latin Amerika Syarikat | ||||||||||
svc.authorize_emea@apple.com | Afrika Eropah India Timur Tengah | ||||||||||
svc.authorize_apac@apple.com | Negara dan rantau Asia Pasifik | ||||||||||
account_admin_china@apple.com | China, Tanah Besar | ||||||||||
account_admin_china@apple.com (untuk sokongan bahasa Cina tradisional, sertakan Bahasa Cina dalam baris subjek e‑mel) | Hong Kong Macau Taiwan |
Akses ke GSX terhad kepada domain yang diluluskan dan Apple ID Terurus yang dijemput. Sebelum mendayakan penyepaduan, cipta sekurang‑kurangnya satu Apple ID Terurus dalam domain yang diluluskan dan jemput pengguna tersebut ke GSX. Selepas Apple ID peribadi dikeluarkan daripada domain, Apple ID Terurus boleh dicipta dengan menggunakan nama yang sama; Apple ID Terurus ini mesti dijemput ke GSX. Jika individu tersebut mempunyai pensijilan, hantar e‑mel kepada certifications@apple.com untuk memindahkan pensijilan tersebut antara akaun.
Jika perlu, anda boleh mengemas kini maklumat akaun untuk organisasi anda dengan mendaftar masuk di https://aamt.apple.com/.
Jika anda diminta untuk mengemas kini Apple ID peribadi anda, lihat artikel Sokongan Apple Jika anda diminta untuk mengemas kini alamat e‑mel Apple ID anda.
Kedai dalam talian Apple
Individu yang mempunyai akses ke kedai dalam talian organisasi mereka mesti melengkapkan proses penyelesaian konflik untuk mengemas kini log masuk yang terjejas oleh penyepaduan. Jika anda ingin menggunakan Apple ID Terurus bersepadu untuk kedai dalam talian, lengkapkan langkah berikut:
Minta pengguna menjana Apple ID Terurus bersepadu baharu. Pengguna mesti mendaftar masuk ke iCloud menggunakan Seting pada iPhone atau iPad, menggunakan Seting Sistem (dalam macOS 13) atau Keutamaan Pilihan Sistem (dalam macOS 12 atau lebih awal) atau semasa persediaan awal peranti.
Lakukan salah satu yang berikut:
Dalam Apple School Manager, tukar peranan pengguna kepada Kakitangan, Pengajar atau Pengurus.
Dalam Apple Business Manager atau Keperluan Perniagaan Apple, tukar peranan pengguna kepada Kakitangan.
Hubungi Eksekutif Akaun Apple khusus anda dan minta jemputan baharu dijana untuk Apple ID Terurus bersepadu.
Nota: Jika anda menghadapi masalah, hantar e‑mel kepada myaccess.support@apple.com atau lawati Hubungi Apple untuk sokongan dan perkhidmatan dan minta bahagian Jualan.