Putuskan sambungan penyepaduan daripada domain dalam Apple Business Manager
Jika anda tidak lagi merancang untuk menggunakan pengesahan penyepaduan dengan domain, anda boleh memutuskan sambungan domain. Proses ini tidak menjejaskan pengesahan domain.
Nota: Anda tidak boleh memutuskan sambungan daripada domain penyepaduan sekiranya Apple Business Manager berada dalam proses mengaktifkan penyepaduan atau menyelesaikan konflik dengan Apple ID yang lain.
Putuskan sambungan penyepaduan daripada domain
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir atau Pengurus Individu.
Ketik nama anda di bahagian bawah bar sisi, ketik Keutamaan , kemudian ketik Akaun .
Ketik Edit di sebelah Domain, kemudian lakukan satu daripada yang berikut:
Jika pengesahan penyepaduan dihidupkan, matikannya, kemudian ketik OK.
Sekiranya pengesahan penyepaduan tidak dihidupkan, ketik Putuskan Sambungan, kemudian ketik Putuskan Sambungan.