Pantau kadar jantung anda dengan AirPods Pro 3
Direka bentuk dengan berpandukan kecergasan, AirPods Pro 3 menampilkan sensor pemantauan kadar jantung dalam telinga yang memberikan metrik tepat dalam masa nyata untuk membantu anda menjejak matlamat kecergasan anda.
Apabila anda berlatih dengan AirPods Pro 3, anda boleh berkongsi data kadar jantung dengan Apple dan app kecergasan pihak ketiga pada iPhone anda, walaupun jika anda bersambung ke peranti Apple yang berbeza untuk audio. Sebagai contoh, jika AirPods Pro 3 anda bersambung ke Apple TV supaya anda boleh menonton rancangan kegemaran anda sambil berlatih, iPhone anda masih menerima data kadar jantung. Anda boleh melihat data kadar jantung anda secara terus di app kecergasan atau dalam app Kesihatan.
Untuk mendapatkan pengalaman terbaik, pastikan bahawa anda mempunyai pemuatan yang betul dengan AirPods Pro 3.
Aktifkan atau nyahaktifkan pemantauan kadar jantung dalam telinga AirPods Pro 3
Pakai AirPods Pro 3 anda dan pastikan AirPods Pro 3 disambungkan ke iPhone anda.
Pergi ke app Seting
pada iPhone anda.
Ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin.
Aktifkan atau nyahaktifkan Kadar Jantung.
Lihat kadar jantung anda dalam app Kesihatan
Anda boleh melihat data kadar jantung langsung anda dalam app Kesihatan pada iPhone atau iPad.
Pakai sekurang-kurangnya satu daripada AirPods Pro 3 anda dan pastikan AirPods Pro 3 disambungkan ke iPhone atau iPad anda.
Siri: Minta Siri sesuatu seperti, “Apakah kadar jantung saya?”
Pergi ke app Kesihatan
pada iPhone atau iPad anda.
Ketik
di bahagian kanan bawah, ketik Jantung, kemudian ketik Kadar Jantung.
Kadar jantung langsung anda yang dikumpulkan daripada AirPods Pro 3 dipaparkan dalam graf.
Untuk mengetahui cara mengepin data kadar jantung anda dan banyak lagi dalam app Kesihatan, lihat Lihat data anda dalam Kesihatan pada iPhone atau Lihat data anda dalam Kesihatan pada iPad.
Lihat kadar jantung anda semasa latihan dalam app Kecergasan atau pihak ketiga pada iPhone
Pakai AirPods Pro 3 anda dan pastikan AirPods Pro 3 disambungkan ke iPhone anda.
Nota: AirPods Pro 3 menyokong pemantauan kadar jantung apabila anda hanya memakai satu AirPods anda.
Pergi ke app Kecergasan
atau app pihak ketiga pada iPhone anda.
Nota: Apabila anda pertama kali menggunakan app latihan pihak ketiga, beri keizinan untuk app latihan membaca data kadar jantung serta untuk membaca dan merekod latihan. Langkah ini hanya perlu dilakukan kali pertama anda menggunakan app latihan dengan Kesihatan Apple.
Mulakan latihan anda dalam app latihan anda.
Kadar jantung anda kelihatan dalam app semasa anda membuat latihan.
Jika kadar jantung kelihatan sebagai sengkang atau dimalapkan, AirPods Pro 3 anda mendapat bacaan lemah. Semak pemuatan AirPods Pro 3 anda dan pastikan AirPods Pro 3 disambungkan, kemudian cuba lagi.
Untuk menghentikan pemantauan kadar jantung dalam app, tamatkan latihan anda.
Anda boleh melihat data kadar jantung latihan anda dalam app latihan anda atau dalam app Kesihatan.
Cara AirPods Pro 3 mengukur kadar jantung anda
Apabila anda menggunakan app Kecergasan , AirPods Pro 3 mengukur kadar jantung anda secara berterusan semasa latihan. Jika anda tidak melihat kadar jantung anda, semak seting AirPods dan pemuatan AirPods anda.
Data kadar jantung dan sensor pergerakan daripada AirPods Pro 3 bersama dengan data yang tersedia daripada iPhone anda (seperti lokasi, barometer dan maklumat kesihatan) digunakan untuk menganggarkan kalori yang anda telah bakar.
Jika anda memakai Apple Watch dan AirPods Pro 3 semasa latihan anda, peranti dengan data kadar jantung yang paling tepat sepanjang 5 minit yang lalu digunakan sebagai sumber kadar jantung.
Dapatkan ukuran paling tepat menggunakan AirPods Pro 3
Data kadar jantung dan sensor pergerakan AirPods Pro 3 dihantar ke iPhone anda untuk mengira metrik seperti kalori dibakar, langkah dan jarak untuk aktiviti harian anda. Untuk mendapatkan ukuran paling tepat, cuba mana-mana yang berikut:
Semak pemuatan: Jika tiada sentuhan yang baik antara sensor kadar jantung AirPods Pro 3 dan kulit dalam telinga, anda mungkin mendapat bacaan yang lemah. Lihat Cari pemuatan yang sesuai dengan AirPods Pro.
Nota: Saiz tip telinga yang betul untuk kedap akustik dan bacaan kadar jantung mungkin berbeza. Pastikan anda memilih saiz yang betul supaya sensor kadar jantung pada AirPods Pro 3 mempunyai sentuhan yang baik dengan kulit dalam telinga anda. Lihat Pilih saiz tip telinga yang terbaik.
Pastikan data app Kesihatan anda terkini: Data anda daripada app Kesihatan
pada iPhone atau iPad anda—seperti tinggi, berat, jantina dan umur anda—bersama dengan data kadar jantung dan sensor pergerakan daripada AirPods Pro 3 digunakan untuk mengira jumlah kalori yang anda bakar serta banyak lagi. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan app Kesihatan pada iPhone atau iPad anda.
Bersihkan AirPods anda: Untuk mendapatkan hasil pemantauan kadar jantung terbaik, bersihkan AirPods Pro 3 dengan kerap. Lihat artikel Sokongan Apple Cara membersihkan AirPods Pro anda.
Pertimbangkan faktor persekitaran: Cuaca sejuk boleh mengurangkan aliran darah dalam telinga anda yang menyukarkan sensor kadar jantung untuk mendapatkan bacaan yang tepat. Sebagai contoh, jika anda berlatih dalam cuaca sejuk, perfusi kulit dalam telinga anda mungkin terlalu rendah untuk sensor kadar jantung mendapatkan bacaan.
Semak keadaan atau pengubahsuaian telinga: Pengumpulan tahi telinga, kelembapan, keadaan kulit atau tindik telinga berdekatan telinga anda boleh mengganggu sentuhan sensor dengan kulit anda. Barang kemas logam daripada tindik juga mungkin mengganggu prestasi sensor. Jika anda mempunyai tindik telinga berdekatan AirPods Pro 3 anda, cuba tanggalkan barang kemas untuk melihat jika bacaan menjadi lebih baik.
Ambil kira perbezaan individu: Aliran darah kulit (jumlah darah yang mengalir dalam kulit anda) berbeza-beza secara ketara untuk setiap orang dan boleh dipengaruhi oleh persekitaran dan tahap aktiviti anda. Aliran darah dalam telinga anda berubah berdasarkan faktor ini, yang boleh memberikan kesan kepada prestasi sensor.