AirPods Pro

Kawal AirPods anda dengan ketikan atau tekanan

Tiada keperluan untuk mengambil iPhone anda, membuka MacBook anda, atau mengangkat Siri Remote. Sebaliknya, gunakan kawalan pada AirPods anda untuk menjedakan dan meneruskan main balik, melangkau trek, menjawab panggilan dan menggunakan Siri.

Ketahui cara menggunakan kawalan AirPods

Skrin kelantangan dalam Pusat Kawalan menunjukkan paras kelantangan untuk AirPods Max. Di bawah penunjuk kelantangan di sebelah kiri ialah ikon Kawalan Bunyi/Pembatalan Bunyi, yang menunjukkan Kawalan Bunyi aktif. Di sebelah kanan ialah ikon Audio Ruang/Kepala Dijejak, menandakan yang Audio Ruang dan penjejakan kepala aktif.

Tala halus persekitaran anda

Berikan perhatian penuh anda pada muzik, episod TV atau podcast kegemaran anda. Hanya aktifkan Pembatalan Bunyi semasa memakai AirPods Pro atau AirPods Max anda untuk membatalkan bunyi luaran. Apabila anda perlu mendengar salakan anjing atau bunyi cerek, tukar kepada mod Ketelusan.

Tukar antara mod Pembatalan Bunyi dan Ketelusan

AirPods (generasi ke-3)

Sediakan AirPods (generasi ke-3) anda

Ketahui cara memasangkan AirPods baharu anda dengan cepat, memastikan pemuatan yang sesuai, mula mendengar muzik, gunakan Siri dan banyak lagi.

Mulakan dengan AirPods (generasi ke-3)

Skrin main balik dalam Apple Music menunjukkan lagu yang dimainkan.

Dengar bunyi yang mengasyikkan dengan Audio Ruang

Dengan Audio Ruang dan penjejakan kepala dinamik, anda boleh mendengar muzik, rancangan TV, filem, atau panggilan FaceTime Kumpulan dengan bunyi tiga dimensi yang mengasyikkan. Rasai pengalaman seperti di panggung wayang apabila anda menggunakan AirPods (generasi ke-3), AirPods Pro, atau AirPods Max dengan iPhone, iPad, Mac, atau Apple TV 4K anda.

Kawal Audio Ruang dan penjejakan kepala

Skrin dalam app Cari pada iPhone. Lokasi AirPods ditunjukkan pada peta San Francisco, dengan alamat disenaraikan dan pilihan Mainkan Bunyi dan Cari.

Cari AirPods anda

Dengan app Cari, anda boleh mencari dan mendapatkan arah ke AirPods anda apabila ia hilang. Jika AirPods anda berdekatan, anda boleh memainkan bunyi pada AirPods anda untuk membantu anda mencarinya, mengesetkan isyarat pemisahan untuk memberitahu anda jika anda tertinggalnya dan banyak lagi.

Cari AirPods dalam Cari

Untuk meneroka Panduan Pengguna AirPods, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.

Membantu?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.