Namakan semula AirPods anda
Anda boleh menukar nama AirPods anda menggunakan iPhone, iPad, atau Mac anda. Apabila anda mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama pada berbilang peranti, nama baharu dikemas kini merentas peranti.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan salah satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke app Seting
, kemudian ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin. Ketik nama semasa, kemudian masukkan nama baharu.
Mac: Pergi ke app Seting Sistem
, klik nama AirPods anda dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah), kemudian masukkan nama baharu.