Cari pemuatan yang sesuai dengan AirPods Pro
Mencari pemuatan yang sesuai dengan AirPods Pro memastikan keselesaan sepanjang hari dan memberikan bunyi serta pembatalan bunyi yang terbaik. Untuk AirPods Pro 3, pemuatan yang baik juga mendayakan bacaan kadar jantung yang tepat.
Nota: Untuk mendapatkan panduan pemuatan pada model AirPods lain, lihat Cari pemuatan yang betul dengan AirPods 3 atau 4.
Ketahui tentang pemuatan AirPods Pro
AirPods Pro dengan pemuatan yang betul seharusnya:
Berasa selesa dan muat dipakai sepanjang hari.
Mencipta kedap akustik yang baik untuk kualiti bunyi dan pembatalan bunyi optimum. Untuk mengetahui jenis tip yang paling sesuai dengan anda, anda boleh menguji kedap akustik AirPods Pro anda.
Untuk AirPods Pro 3 sahaja, kekalkan sentuhan kulit yang baik dengan sensor untuk bacaan kadar jantung yang tepat.
Dapatkan pemuatan yang betul

Masukkan tip telinga ke dalam bukaan saluran telinga anda dengan lembut.
Setiap AirPods anda ditandakan dengan L (kiri) atau R (kanan).
Putarkan batang ke arah muka anda.
Tekan dengan lembut untuk memastikan pemuatan, melaraskan putaran dan sudut setiap AirPods anda.
Pilih saiz tip telinga yang terbaik
AirPods Pro disertakan dengan berbilang saiz tip telinga untuk memastikan pemuatan terbaik. AirPods yang muat dengan baik berasa ketat tanpa tekanan berlebihan. Semua AirPods Pro disertakan dengan tip telinga saiz M diprapasang, tetapi anda mungkin mengutamakan saiz yang lebih kecil atau lebih besar dalam setiap telinga.
Untuk memeriksa pemuatan tip telinga, pakai AirPods anda selama 10 hingga 15 minit semasa aktiviti biasa seperti berjalan.
Rasa keselesaannya dalam telinga anda.
Tip telinga AirPods yang terlalu kecil berasa longgar atau tertanggal apabila anda menggerakkan kepala anda. Tip telinga AirPods yang terlalu besar berasa termampat atau tidak selesa.
Jika anda mengalami mana-mana perkara di atas, cuba saiz yang berbeza.
Untuk memesan penggantian tip telinga, lihat Tip Telinga AirPods Pro 2 atau Tip Telinga AirPods Pro 3.
Uji kedap akustik AirPods Pro anda
Jika anda tidak pasti tip telinga yang disertakan dapat memberikan pemuatan terbaik untuk bunyi, anda boleh menggunakan Ujian Pemuatan Tip Telinga pada iPhone atau iPad untuk mengukur kedap akustik AirPods Pro anda.
Pakai AirPods Pro anda dan pastikan AirPods Pro disambungkan ke iPhone atau iPad anda.
Pergi ke app Seting
pada iPhone atau iPad anda.
Ketik nama AirPods Pro anda berdekatan bahagian atas skrin.
Ketik Ujian Pemuatan Tip Telinga atau Uji Kedap Akustik, ketik Teruskan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Jika ujian mencadangkan penukaran, cuba laraskan kedudukan AirPods Pro anda dalam telinga anda terlebih dahulu. Jika anda mengambil semula ujian dan mendapat hasil yang sama, cuba tip telinga saiz yang berbeza. Anda mungkin memerlukan saiz tip telinga yang berbeza untuk telinga kiri dan kanan anda.
Optimumkan pemuatan AirPods Pro 3 untuk bacaan kadar jantung yang tepat
AirPods Pro 3 disertakan dengan lima saiz tip telinga untuk memastikan bahawa sensor kadar jantung terbina dalam mempunyai sentuhan kulit yang baik untuk bacaan yang tepat.
Nota: Saiz tip telinga yang terbaik untuk ketepatan sensor kadar jantung mungkin berbeza daripada saiz yang terbaik untuk kedap akustik.
Untuk sentuhan sensor kadar jantung yang baik, pastikan sensor pada AirPods Pro 3 bersentuhan dengan kulit dalam telinga anda. AirPods anda patut berasa ketat tetapi tidak sakit.
Jika bacaan kadar jantung berkala atau kelihatan tidak konsisten, cuba yang berikut:
Cuba saiz tip telinga yang berbeza. Lihat Tanggalkan dan pasang tip telinga pada AirPods Pro.
Semak bahawa sensor kadar jantung bersih dan kering.
Gunakan cermin untuk menyemak yang AirPods Pro dimasukkan sepenuhnya dan sensor kadar jantung bersentuhan dengan kulit dalam telinga anda.
