Tukar seting untuk AirPods atau AirPods Pro
Pada iPhone, iPad, atau Mac, anda boleh menukar seting untuk AirPods atau AirPods Pro anda.
Tukar perkara yang dikawal oleh dwiketik, sensor daya atau sensor daya dengan leretan kelantangan
Anda boleh menukar tindakan yang dilaksanakan apabila anda dwiketik AirPods 1 atau AirPods 2 anda, atau apabila anda menekan dan menahan batang pada AirPods 3, AirPods 4, AirPods 5 atau AirPods Pro.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan salah satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke app Seting
, kemudian ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin.
Mac: Pergi ke app Seting Sistem
, kemudian klik nama AirPods anda dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah).
Di bawah Tekan dan Tahan AirPods, pilih Kiri atau Kanan (jika anda tidak melihat pilihan tersebut, pilih Kawalan & Gerak Isyarat terlebih dahulu), kemudian pilih tindakan yang anda mahu dilaksanakan setiap kali anda menekan dan menahan batang.
Setkan lokasi mikrofon untuk AirPods atau AirPods Pro anda
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan salah satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke app Seting
, kemudian ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin.
Mac: Pergi ke app Seting Sistem
, kemudian klik nama AirPods anda dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pilih Mikrofon (jika anda tidak melihat pilihan tersebut, pilih Audio & Penghalaan terlebih dahulu), kemudian pilih salah satu daripada berikut:
Tukar AirPods Secara Automatik: Salah satu AirPods anda boleh bertindak sebagai mikrofon. Jika anda hanya menggunakan satu AirPods, AirPods tersebut berfungsi sebagai mikrofon.
Sentiasa AirPod Kiri atau Sentiasa AirPod Kanan: AirPod yang anda pilih menjadi mikrofon, walaupun jika anda mengeluarkannya daripada telinga anda atau meletakkannya di dalam bekas.
Aktifkan atau nyahaktifkan pengesanan telinga automatik
AirPods anda berhenti memainkan audio secara automatik apabila anda mengeluarkannya dan meneruskan main balik apabila anda meletakkannya kembali. Anda boleh menukar seting ini.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan salah satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke app Seting
, ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Pengesanan Telinga Automatik (jika anda tidak melihat pilihan tersebut, ketik Audio & Penghalaan terlebih dahulu).
Mac: Pergi ke app Seting Sistem
, klik nama AirPods anda dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah), kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Penjejakan Telinga Automatik (jika anda tidak melihat pilihan tersebut, klik Audio & Penghalaan terlebih dahulu).
Tukar cara anda menamatkan panggilan atau menyenyapkan diri anda dengan AirPods 3, AirPods 4, AirPods 5 atau AirPods Pro anda
Secara lalai, anda boleh menekan batang dua kali pada AirPods anda sekali untuk menamatkan panggilan, serta tekan sekali untuk menyenyapkan dan menyahsenyapkan. Anda boleh menukar tindakan ini.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan salah satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke app Seting
, kemudian ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin. Ketik Senyap & Nyahsenyap atau Tamatkan Panggilan (jika anda tidak melihat pilihan tersebut, ketik Kawalan & Gerak Isyarat terlebih dahulu), kemudian pilih Tekan Sekali atau Tekan Dua Kali. Pilihan lain bertukar secara automatik.
Mac: Pergi ke app Seting Sistem
, kemudian klik nama AirPods anda dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah). Klik menu timbul di sebelah Senyap & Nyahsenyap atau menu timbul di sebelah Tamatkan Panggilan (jika anda tidak melihat pilihan tersebut, ketik Kawalan & Gerak Isyarat terlebih dahulu), kemudian pilih Tekan Sekali atau Tekan Dua Kali. Pilihan lain bertukar secara automatik.
Aktifkan atau nyahaktifkan Kawalan Kamera pada AirPods 4, AirPods 5, AirPods Pro 2 atau AirPods Pro 3
Anda boleh menukar tindakan yang diperlukan untuk mengambil foto atau untuk mula atau berhenti merakam video dengan AirPods 4, AirPods 5, AirPods Pro 2 atau AirPods Pro 3.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke iPhone anda.
Pergi ke app Seting
pada iPhone anda.
Ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin.
Ketik Kawalan Jauh Kamera (jika anda tidak melihat pilihan tersebut, ketik Kawalan & Gerak Isyarat terlebih dahulu), kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Aktifkan Kawalan Kamera: Ketik Tekan Sekali atau Tekan dan Tahan.
Nota: Jika anda memilih Tekan Sekali, gerak isyarat kawalan media tidak tersedia secara sementara semasa anda menggunakan app kamera yang disokong. Jika anda memilih Tekan dan Tahan, mod pendengaran dan gerak isyarat Siri tidak tersedia secara sementara semasa anda menggunakan app kamera yang disokong.
Nyahaktifkan Kawalan Kamera: Ketik Tak Aktif.
Jeda audio apabila anda tertidur dengan AirPods 4, AirPods 5, AirPods Pro 2, AirPods Pro 3 atau AirPods Max 2
Jika anda mempunyai AirPods 4, AirPods 5, AirPods Pro 2, AirPods Pro 3 atau AirPods Max 2, anda boleh memilih sama ada untuk menjeda audio secara automatik apabila anda tertidur semasa mendengar audio menggunakan iPhone, iPad atau Mac anda.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan salah satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke app Seting
, ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin, kemudian aktifkan Jeda Media Apabila Tertidur (jika anda tidak melihat pilihan tersebut, ketik Audio & Penghalaan terlebih dahulu).
Mac: Pergi ke app Seting Sistem
, klik nama AirPods anda dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah), kemudian aktifkan Jeda Media Apabila Tertidur (jika anda tidak melihat pilihan tersebut, klik Audio & Penghalaan terlebih dahulu).
Aktifkan atau nyahaktifkan bunyi bekas pengecasan untuk AirPods 4 (ANC), AirPods 5 dengan Bekas Pengecasan Wayarles, AirPods Pro 2 atau AirPods Pro 3
Bekas pengecasan untuk AirPods 4 (ANC), AirPods 5 dengan Bekas Pengecasan Wayarles, AirPods Pro 2 atau AirPods Pro 3 memainkan bunyi apabila ia dipasangkan, dicas dan banyak lagi. Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan bunyi ini.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan salah satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke app Seting
, ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Dayakan Bunyi Bekas Pengecasan (jika anda tidak melihat pilihan tersebut, ketik Audio & Penghalaan terlebih dahulu).
Mac: Pergi ke app Seting Sistem
, klik nama AirPods anda dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah), kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Dayakan Bunyi Bekas Pengecasan (jika anda tidak melihat pilihan tersebut, klik Audio & Penghalaan terlebih dahulu).
Anda juga boleh menukar kelantangan kesan bunyi yang dimainkan oleh AirPods anda. Lihat Laraskan kelantangan kesan bunyi untuk AirPods.