Sesuaikan mod Ketelusan untuk AirPods
Anda boleh menggunakan pelbagai ciri penyesuaian fon kepala pada AirPods Pro anda, seperti mod Ketelusan, Penguatan Suara Sendiri dan Peningkatan Perbualan untuk menyesuaikan bunyi yang masuk apabila anda mendengar audio. Anda juga boleh menyahaktifkan Pengurangan Bunyi Kuat untuk mod Ketelusan dan Audio Adaptif.
Sesuaikan mod Ketelusan
Apabila anda menggunakan AirPods Pro untuk mendengar audio dalam mod Ketelusan, anda masih boleh mendengar dunia di sekeliling anda. Anda boleh menyesuaikan mod Ketelusan dengan melaraskan penguatan, keseimbangan dan nada.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan salah satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke app Seting
, kemudian ketik Kebolehcapaian. Ketik Audio & Visual, ketik Penyesuaian Fon Kepala dan pastikan Penyesuaian Fon Kepala diaktifkan. Aktifkan Ketelusan, ketik Sesuaikan Ketelusan, kemudian seret gelangsar Penguatan, Keseimbangan Ketelusan dan Nada.
Mac: Pergi ke app Seting Sistem
, kemudian klik Kebolehcapaian
dalam bar sisi. Klik Audio dan pastikan Penyesuaian Fon Kepala diaktifkan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Aktifkan Mod Ketelusan, kemudian seret gelangsar Penguatan, Keseimbangan dan Nada.
Kurangkan jumlah bunyi ambien yang anda dengar dalam mod Ketelusan
Apabila AirPods Pro anda disambungkan ke peranti, anda boleh mengurangkan jumlah bunyi ambien yang anda dengar dalam mod Ketelusan.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke app Seting
, kemudian ketik Kebolehcapaian. Ketik Audio & Visual, ketik Penyesuaian Fon Kepala dan pastikan Penyesuaian Fon Kepala diaktifkan. Aktifkan Ketelusan, ketik Sesuaikan Ketelusan, kemudian seret gelangsar Pengurangan Hingar Ambien.
Mac: Pergi ke app Seting Sistem
, kemudian klik Kebolehcapaian
dalam bar sisi. Klik Audio dan pastikan Penyesuaian Fon Kepala diaktifkan. Aktifkan Mod Ketelusan, kemudian seret gelangsar Pengurangan Hingar Ambien.
Laraskan Penguatan Suara Sendiri
Apabila AirPods Pro anda bersambung ke peranti, anda boleh menggunakan Penguatan Suara Sendiri untuk melaraskan penguatan pertuturan anda sendiri.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan salah satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke app Seting
, kemudian ketik Kebolehcapaian. Ketik Audio & Visual, ketik Penyesuaian Fon Kepala dan pastikan Penyesuaian Fon Kepala diaktifkan. Aktifkan Ketelusan, ketik Sesuaikan Ketelusan, kemudian seret gelangsar Penguatan Suara Sendiri.
Mac: Pergi ke app Seting Sistem
, kemudian klik Kebolehcapaian
dalam bar sisi. Klik Audio dan pastikan Penyesuaian Fon Kepala diaktifkan. Aktifkan Mod Ketelusan, kemudian seret gelangsar Penguatan Suara Sendiri.
Gunakan Peningkatan Perbualan
Apabila AirPods Pro anda disambungkan ke peranti, anda boleh menggunakan Peningkatan Perbualan untuk memfokus pada orang yang bercakap di hadapan anda. Perkara ini memudahkan untuk mendengar perbualan bersemuka.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan salah satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke app Seting
, kemudian ketik Kebolehcapaian. Ketik Audio & Visual, ketik Penyesuaian Fon Kepala dan pastikan Penyesuaian Fon Kepala diaktifkan. Aktifkan Ketelusan, ketik Sesuaikan Ketelusan, kemudian aktifkan Peningkatan Perbualan.
Mac: Pergi ke app Seting Sistem
, kemudian klik Kebolehcapaian
dalam bar sisi. Klik Audio dan pastikan Penyesuaian Fon Kepala diaktifkan. Aktifkan Mod Ketelusan, kemudian aktifkan Peningkatan Perbualan.
Nyahaktifkan Pengurangan Bunyi Kuat untuk mod Ketelusan dan Audio Adaptif
Anda boleh memilih untuk menyahaktifkan Pengurangan Bunyi Kuat pada AirPods Pro 2, AirPods Pro 3 atau AirPods Max 2 anda. Pengurangan Bunyi Kuat mengurangkan pendedahan kepada bunyi persekitaran yang kuat apabila anda menggunakan mod Ketelusan dan Audio Adaptif. Ciri Perlindungan Pendengaran untuk AirPods Pro 2 atau AirPods Pro 3 tidak aktif apabila Pengurangan Bunyi Kuat dinyahaktifkan untuk mod Ketelusan dan Audio Adaptif. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Perlindungan Pendengaran, lihat Gunakan ciri kesihatan pendengaran dengan AirPods Pro 2 atau AirPods Pro 3.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan salah satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke app Seting
, kemudian ketik Kebolehcapaian. Ketik AirPods, kemudian ketik Nyahaktifkan Pengurangan Bunyi Kuat.
Mac: Pergi ke app Seting Sistem
, kemudian klik Kebolehcapaian
dalam bar sisi. Klik Audio, kemudian klik Nyahaktif bersebelahan Pengurangan Bunyi Kuat.
Jika anda mempunyai AirPods 4 dengan Pembatalan Bunyi Aktif (ANC), AirPods 5, AirPods Pro 2, AirPods Pro 3 atau AirPods Max 2, anda juga boleh menggunakan Kesedaran Perbualan untuk mengurangkan kelantangan media anda secara automatik semasa perbualan dan meningkatkan suara di hadapan anda. Lihat Gunakan Kelantangan Diperibadikan atau Kesedaran Perbualan.