Cas AirPods, AirPods Pro atau AirPods Max
Cas AirPods atau AirPods Pro
Letakkan AirPods anda di dalam bekasnya.
Tutup penutup.
AirPods dimatikan dan dicas setiap kali ia di dalam bekas dengan penutupnya ditutup.
Cas bekas AirPods atau AirPods Pro
Cas dengan kabel: Sambungkan bekas ke salur kuasa menggunakan kabel (kabel Lightning ke USB atau kabel USB-C) dan penyesuai kuasa yang serasi.
Nota: Kabel yang anda perlukan bergantung pada model AirPods anda. Jika anda mempunyai AirPods 4, AirPods Pro 2 (USB-C) atau AirPods Pro 3, sambungkan bekas ke salur kuasa menggunakan kabel USB-C dan penyesuai kuasa yang serasi.
Cas dengan MagSafe: Untuk AirPods 3 (MagSafe) atau AirPods Pro, letakkan bekas dengan lampu status menghadap ke atas di bahagian tengah pengecas wayarles MagSafe.
Cas dengan pengecas disijilkan Qi: Untuk AirPods 2, AirPods 3 (MagSafe), AirPods 4 (ANC), atau AirPods Pro, letakkan bekas dengan lampu status menghadap ke atas di bahagian tengah pengecas disijilkan Qi.
Cas dengan pengecas Apple Watch: Untuk AirPods 4 (ANC), AirPods Pro 2 atau AirPods Pro 3, letakkan bekas—dengan lampu status menghadap ke atas—di bahagian tengah pengecas wayarles Apple Watch.
Apabila bekas dijajarkan dengan pengecas dengan betul, lampu status dihidupkan selama beberapa saat, kemudian dimatikan sementara bekas terus mengecas. Secara lalai, bekas pengecasan untuk AirPods 4 (ANC), AirPods Pro 2 dan AirPods Pro 3 juga memainkan bunyi, tetapi anda boleh menyahaktifkannya. Lihat Nyahaktifkan bunyi bekas pengecasan pada AirPods 4 (ANC), AirPods Pro 2 atau AirPods Pro 3.
Cas AirPods Max

AirPods Max (Lightning): Sambungkan AirPods Max ke salur kuasa menggunakan Kabel Lightning ke USB dan penyesuai kuasa yang serasi.
AirPods Max (USB-C): Sambungkan AirPods Max ke salur kuasa menggunakan kabel USB-C dan penyesuai kuasa yang serasi.
Nota: Untuk membantu mengekalkan cas bateri semasa anda tidak menggunakan AirPods Max, letakkan AirPods Max dalam mod tidur dengan meletakkannya dalam Smart Case. (Anda tidak boleh memainkan audio pada AirPods Max apabila ia berada dalam Smart Case.)
Lihat artikel Sokongan Apple Cas AirPods Max anda.
Semak status pengecasan
Anda boleh menyemak peratusan bateri AirPods, AirPods Pro, atau AirPods Max pada iPhone, iPad, atau Mac.
Petua: Jika anda mempunyai AirPods 4 (ANC), AirPods Pro 2 atau AirPods Pro 3, anda juga boleh menerima pemberitahuan apabila anda perlu mengecas AirPods anda serta apabila AirPods anda telah dicas sepenuhnya. Pada iPhone atau iPad anda, pergi ke app Seting , ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin, ketik Bateri, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Pemberitahuan Pengecasan.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan salah satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke app Seting
, kemudian ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin untuk melihat peratusan bateri.
Anda juga boleh menambahkan widget untuk menyemak paras bateri peranti anda dengan cepat, termasuk AirPods anda. Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat Panduan Pengguna iPhone atau Panduan Pengguna iPad.
Mac: Klik
dalam bar menu untuk melihat peratusan bateri AirPods anda.
Jika
tiada dalam bar menu, pergi ke app Seting Sistem
, kemudian klik Bar Menu dalam bar sisi. Di bawah Kawalan Bar Menu, pilih kotak di sebelah Bluetooth
.
Jika AirPods atau AirPods Pro anda berada dalam bekas dan penutupnya terbuka, lampu pada bekas menunjukkan status pengecasan AirPods anda. Apabila AirPods anda tidak berada dalam bekas, lampu menunjukkan status bekas anda. Hijau bermakna dicas sepenuhnya dan ambar bermakna berbaki kurang daripada satu cas penuh. Jika tiada lampu menyala, anda mungkin perlu mengecas AirPods anda sebelum menggunakannya lagi.
Optimumkan pengecasan bateri
Pengecasan Bateri Optimum direka bentuk untuk mengurangkan kehausan bateri anda dan hayatnya dengan mengurangkan masa yang diluangkan AirPods 3, AirPods 4 atau AirPods Pro dicas sepenuhnya.
Tambahan kepada menggunakan Pengecasan Bateri Optimum, AirPods Pro 3 mempelajari penggunaan harian anda dan menentukan masa untuk mengecas sehingga had yang dioptimumkan dan masa untuk membenarkan cas penuh. Had menyesuaikan penggunaan harian anda dan memelihara hayat bateri anda sepanjang masa. Selepas anda mengaktifkan Had Pengecasan Optimum untuk AirPods Pro 3, anda akan melihat gelang pengecasan terpisah apabila anda membuka penutup bekas pengecasan dengan AirPods di dalamnya.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Pergi ke app Seting
pada iPhone atau iPad anda.
Ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin, ketik Bateri, kemudian lakukan salah satu pilihan berikut:
AirPods 3 atau 4 atau AirPods Pro 1 atau 2: Aktifkan Pengecasan Bateri Optimum.
AirPods Pro 3: Aktifkan Had Pengecasan Optimum.
Untuk mengecas AirPods Pro 3 anda sepenuhnya, nyahaktifkan Had Pengecasan Optimum, kemudian ketik “Nyahaktifkan sehingga esok” atau ketik “Nyahaktifkan” untuk menyahaktifkan seting sepenuhnya. Anda juga boleh mengetik Cas sehingga Penuh Sekarang apabila anda membuka penutup bekas pengecasan dengan AirPods di dalamnya dan melihat status semasa bateri dan pengecasan AirPods serta bekas.
Aktifkan Pemberitahuan Pengecasan
Pada iPhone atau iPad, anda boleh memilih untuk menerima pemberitahuan bagi mengingatkan anda untuk mengecas AirPods apabila bateri rendah. Anda juga akan dimaklumkan apabila pengecasan selesai.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Pergi ke app Seting
pada iPhone atau iPad anda.
Ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin, ketik Bateri, kemudian aktifkan Pemberitahuan Pengecasan.