Kongsi audio dengan AirPods dan fon kepala Beats pada Apple TV 4K
Kurangkan bunyi pada Apple TV 4K dengan menghantar audio ke sehingga dua pasang fon kepala wayarles Apple yang serasi, seperti AirPods atau fon kepala Beats yang serasi.
Nota: Apabila anda berkongsi audio dengan berbilang fon kepala, anda tidak boleh menggunakan Audio Ruang dan penjejakan kepala. Perkongsian audio tidak disokong pada Apple TV HD.
Tekan dan tahan pada Siri Remote untuk membuka Pusat Kawalan.
Pilih .
Navigasi ke Fon Kepala, kemudian pilih fon kepala yang anda mahu gunakan.
Pilih Kongsi Audio, kemudian ikuti arahan atas skrin untuk memasangkan pasangan fon kepala yang kedua.