Jalankan pintasan semasa bekerja pada Mac anda
Anda boleh menjalankan pintasan daripada app lain untuk memproses kandungan tanpa meninggalkan app tersebut. Anda melakukan ini dengan menjadikan pintasan boleh diakses daripada menu Tindakan Cepat, menu Perkhidmatan, helaian kongsi, Touch Bar, atau pintasan papan kekunci.
Anda juga boleh menjalankan pintasan daripada Dock dan bar menu, tetapi kandungan dalam app anda tidak akan digunakan sebagai input untuk pintasan. Sebagai contoh, semasa bekerja pada Mac, anda boleh mengklik pintasan tersuai dalam Dock untuk mengkonfigurasikan ruang kerja anda. Atau semasa bekerja dalam dokumen teks, anda boleh menjalankan pintasan tersuai daripada menu Perkhidmatan untuk mengisih baris teks.
Dayakan pintasan untuk dijalankan dalam app lain pada Mac
Untuk membenarkan pintasan dijalankan dari dalam app lain, anda perlu menambahkannya ke helaian kongsi atau mengesetkan pintasan sebagai tindakan cepat.
Dalam app Pintasan pada Mac anda, dwiklik pintasan, kemudian klik .
Klik Butiran, kemudian pilih Tunjukkan dalam Helaian Kongsi atau Gunakan sebagai Tindakan Cepat.
Tindakan baharu kelihatan di permulaan aliran kerja anda, mentakrifkan input yang akan diterima oleh pintasan.
Pintasan ini kini tersedia dalam app lain. Untuk mengehadkan app yang pintasan anda kelihatan dalamnya, lihat Hadkan input untuk pintasan apabila dijalankan daripada app lain pada Mac.
Nota: Jika ini kali pertama anda mendayakan Tunjukkan dalam Helaian Kongsi, anda juga mesti memberikan keizinan sambungan perkongsian kepada app Pintasan dalam Seting Sistem macOS. Lihat Dayakan pintasan untuk kelihatan dalam helaian kongsi macOS.
Jalankan pintasan dalam app lain
Selepas anda mendayakan pintasan untuk kelihatan dalam helaian kongsi macOS dan mengaktifkan Tunjukkan dalam Helaian Kongsi untuk pintasan, anda boleh menjalankan pintasan daripada sebarang app yang mempunyai butang Kongsi .
Pilih kandungan dalam app pada Mac anda.
Contohnya, bergantung pada pintasan yang anda mahu jalankan, anda mungkin memilih blok teks atau imej.
Klik .
Klik Pintasan.
Pilih pintasan daripada senarai, kemudian klik Selesai.
Nota: Jika pintasan anda tidak ditunjukkan dalam helaian kongsi, app mungkin tidak mempunyai kandungan yang sesuai untuk diserahkan ke input pintasan anda. Lihat Hadkan input untuk pintasan apabila dijalankan daripada app lain pada Mac.
Jalankan pintasan daripada Dock
Persediaan: Dalam app Pintasan pada Mac anda, pilih pintasan, kemudian pilih Fail > Tambah ke Dock.
Pintasan kelihatan dalam Dock.
Jalankan pintasan: Klik pintasan dalam Dock.
Jalankan pintasan daripada bar menu
Persediaan: Dalam app Pintasan pada Mac anda, dwiklik pintasan, klik , kemudian pilih Pinkan dalam Bar Menu.
Jalankan pintasan: Klik menu Pintasan dalam bar menu, kemudian pilih pintasan.
Jalankan pintasan daripada tetingkap Finder
Persediaan: Dalam app Pintasan pada Mac anda, dwiklik pintasan, klik , kemudian pilih Finder.
Nota: Jika anda tidak boleh memilih Finder, anda mungkin perlu menambahkan Fail atau Folder ke input pintasan anda yang dibenarkan. Lihat Hadkan input untuk pintasan apabila dijalankan daripada app lain pada Mac.
Jalankan pintasan: Dalam tetingkap Finder, klik menu timbul Tindakan , kemudian pilih Perkhidmatan > pintasan anda.
Jalankan pintasan daripada menu Tindakan Cepat
Persediaan: Lakukan yang berikut:
Dalam app Pintasan pada Mac anda, dwiklik pintasan, klik , kemudian pilih Gunakan sebagai Tindakan Cepat.
Pilih menu Apple > Seting Sistem > Privasi & Keselamatan > Sambungan > Finder, kemudian aktifkan pintasan.
Jalankan pintasan: Control-klik item dalam Finder, kemudian pilih Tindakan Cepat > [pintasan anda] daripada menu.
Pintasan juga tersedia dalam menu Tindakan Cepat dalam anak tetingkap Pratonton tetingkap Finder. Lihat Gunakan akan tetingkap Pratonton dalam Finder pada Mac dalam Panduan Pengguna macOS.
Jalankan pintasan daripada Touch Bar
Jika Mac anda mempunyai Touch Bar, anda boleh menambahkan butang Tindakan Cepat ke Control Strip untuk menjalankan pintasan dengan cepat.
Persediaan: Lakukan yang berikut:
Dalam app Pintasan pada Mac anda, dwiklik pintasan, klik , kemudian pilih Gunakan sebagai Tindakan Cepat.
Tambah butang Tindakan Cepat ke Control Strip anda. Lihat Sesuaikan Touch Bar pada Mac dalam Panduan Pengguna macOS.
Jalankan pintasan: Dalam Touch Bar, ketik , ketik Tindakan Cepat , kemudian ketik pintasan.
Jalankan pintasan daripada menu Perkhidmatan
Persediaan: Dalam app Pintasan pada Mac anda, dwiklik pintasan, klik , kemudian pilih Menu Perkhidmatan.
Jalankan pintasan: Dalam Finder macOS, pilih Finder > Perkhidmatan, kemudian pilih pintasan daripada submenu.
Nota: Jika pintasan tiada daripada menu Perkhidmatan, pintasan mungkin dinyahdayakan. Lihat Gunakan perkhidmatan dalam app pada Mac dalam Panduan Pengguna macOS.
Jalankan pintasan daripada pintasan papan kekunci
Persediaan: Dalam app Pintasan pada Mac anda, dwiklik pintasan, klik , klik Tambah Pintasan Papan Kekunci, kemudian tekan gabungan kekunci.
Untuk mengeluarkan pintasan papan kekunci yang anda tambahkan, klik medan “Jalankan dengan”, kemudian tekan Padam.
Jalankan pintasan: Dalam sebarang app dalam macOS, tekan gabungan kekunci.
Nota: Sesetengah pintasan papan kekunci diperlihara untuk penggunaan sistem dan tidak boleh digantikan.
Jalan pintasan daripada peranti Apple lain
Jika anda mendayakan Penyelarasan iCloud, anda boleh mencipta pintasan pada Mac anda dan menjalankannya daripada iPhone, iPad, atau Apple Watch anda.
Persediaan: Dalam app Pintasan pada Mac anda, dwiklik pintasan, klik , kemudian pilih salah satu atau kedua-dua yang berikut:
Tunjukkan dalam Helaian Kongsi: Menambahkan pintasan ke helaian kongsi pada iPhone atau iPad anda.
Tunjukkan pada Apple Watch: Menambahkan pintasan ke app Pintasan atau ke komplikasi pada Apple Watch anda.
Jalankan pintasan: Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pada iPhone atau iPad: Ketik butang Kongsi dalam app, kemudian ketik pintasan.
Pada Apple Watch: Lihat Jalankan pintasan daripada Apple Watch.