Import pintasan dan aliran kerja Automator pada Mac
Dalam app Pintasan untuk Mac, anda boleh mengimport pintasan yang telah dikongsi dengan anda atau tukarkan aliran kerja Automator kepada pintasan. Hampir sebarang aliran kerja Automator boleh dihijrahkan ke pintasan.
Nota: Jika aliran kerja Automator tidak disokong dalam app Pintasan, mesej isyarat kelihatan memberitahu anda pintasan yang tidak disokong.
Import pintasan
Untuk mengimport pintasan sedia ada ke app Pintasan pada Mac, lakukan satu daripada berikut:
Dwiklik fail .shortcut dalam Finder.
Seret fail .shortcut ke dalam tetingkap utama app Pintasan.
Seret fail .shortcut ke app Pintasan dalam Dock.
Import aliran kerja Automator
Untuk mengimport aliran kerja Automator sedia ada ke app Pintasan pada Mac, lakukan satu daripada berikut:
Dwiklik fail .workflow dalam Finder.
Seret fail .workflow ke dalam tetingkap utama app Pintasan.
Seret fail .workflow ke app Pintasan dalam Dock.
Control-klik fail .workflow dan pilih Buka Dengan > Pintasan.
Alian kerja Automator ditukarkan kepada pintasan dan ditambah ke koleksi anda dalam app Pintasan.