Sediakan dan jalankan pintasan daripada widget pada Mac anda
Anda boleh menjalankan pintasan daripada widget Pintasan pada Desktop atau dalam Pusat Pemberitahuan pada Mac anda.
Tambah widget Pintasan ke Desktop atau Pusat Pemberitahuan
Pada Mac anda, klik tarikh dan masa dalam bar menu untuk membuka Pusat Pemberitahuan, kemudian skrol ke bawah dan klik Edit Widget.
Skrol ke bawah, kemudian klik Pintasan.
Pilih widget Pintasan atau folder widget Pintasan, kemudian seretnya ke Desktop anda atau ke Pusat Pemberitahuan.
Klik Selesai.
Setkan pintasan yang kelihatan dalam widget Pintasan
Widget Pintasan kecil memaparkan pintasan tunggal pilihan anda. Widget Pintasan lain memaparkan widget pertama dalam salah satu koleksi pintasan anda.
Pada Desktop atau dalam Pusat Pemberitahuan pada Mac anda, Control-klik widget, kemudian klik Edit Pintasan.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Setkan pintasan yang muncul dalam widget kecil: Klik nama pintasan, pilih pintasan yang berbeza dalam senarai, kemudian klik Selesai.
Setkan koleksi pintasan yang kelihatan dalam widget yang lebih besar: Klik nama folder, pilih folder yang berbeza dalam senarai, kemudian klik Selesai. Untuk menukar tertib pintasan dalam widget, lihat Susun semula pintasan pada Mac.
Nota: Folder ialah bekas penyusunan yang menyimpan pintasan yang berkaitan. Untuk mendapatkan maklumat tentang mencipta dan menggunakan folder dalam Pintasan, lihat Atur pintasan dalam folder pada Mac.
Jalankan pintasan daripada widget
Dalam widget Pintasan pada Desktop atau dalam Pusat Pemberitahuan pada Mac anda, ketik pintasan.
Pintasan bermula.
Keluarkan widget Pintasan
Pada Mac anda, Control-klik widget pada Desktop atau dalam Pusat Pemberitahuan.
Klik Keluarkan Widget.