macOS
Panduan Pengguna Pintasan
- Selamat Datang
- Hak Cipta
Gunakan pemboleh ubah Tanya Setiap Kali dalam pintasan pada Mac
Pemboleh ubah Tanya Setiap Kali membenarkan anda melaraskan parameter tindakan pada masa jalanan. Menggunakan pemboleh ubah Tanya Setiap Kali, anda boleh menunggu untuk memutuskan cara tindakan beroperasi sehinggan pintasan dijalankan.
Semasa pintasan dijalankan, setiap tindakan dilengkapkan sehingga pintasan mencapai tindakan yang mengandungi pemboleh ubah Tanya Setiap Kali. Pada masa itu, pintasan dijeda, menggesa anda untuk mengemas kini parameter tindakan. Sebaik sahaja anda memilih Selesai, pintasan terus dijalankan.
Menggunakan pemboleh ubah Tanya Setiap Kali pada parameter boleh membantu untuk melaraskan pilihan serta-merta, seperti Nilai dalam tindakan Log Sampel Kesihatan.
Terima kasih atas maklum balas anda.