Tambahkan soalan import ke pintasan dikongsi pada Mac
Jika pintasan dikongsi anda menyertakan langkah yang mengandungi maklumat peribadi, seperti alamat, kenalan, nombor telefon, atau nama senarai main, anda boleh menambah soalan import ke medan khusus pintasan. Jika soalan import wujud untuk medan, maklumat peribadi anda tidak dikongsi—medan tersebut dikosongkan apabila pintasan dikongsi. Apabila penerima menjalan pintasan, mereka diberikan soalan import. Apabila soalan dijawab, pintasan diisi dengan maklumat pengguna sendiri.
Contohnya, pintasan ETA Rumah (tersedia dalam Galeri) menyertakan soalan import yang bertanya, “Apa alamat jalan rumah anda?”
Tambahkan soalan import
Dalam app Pintasan pada Mac anda, dwiklik pintasan.
Dalam editor pintasan, klik , kemudian klik Persediaan.
Klik , kemudian pilih parameter tersedia.
Masukkan soalan anda dalam medan Teks Soalan.
Anda boleh menambah seberapa banyak soalan import yang diperlukan dan setiap soalan ditanya mengikut tertib apabila pintasan dijalankan.
Pilihan: Masukkan jawapan dalam medan Jawapan Lalai.
Klik Selesai.
Keluarkan soalan import
Dalam app Pintasan pada Mac anda, dwiklik pintasan.
Dalam editor pintasan, klik , kemudian klik Persediaan.
Dalam medan Soalan Import, pilih soalan import untuk dikeluarkan.
Klik .
Susun semula soalan import
Dalam app Pintasan pada Mac anda, dwiklik pintasan.
Dalam editor pintasan, klik , kemudian klik Persediaan.
Dalam medan Soalan Import, seret soalan import ke lokasi baharu.