Memahami jenis input dalam Pintasan pada Mac
Jika anda mengesetkan pintasan anda untuk dilancarkan daripada app lain, anda boleh membuka pintasan daripada app lain. Apabila dijalankan daripada app lain, pintasan menerima input—seperti URL atau imej—daripada app. Input daripada app hos diserahkan kepada tindakan pertama pintasan anda.
Anda boleh menentukan jenis input yang pintasan boleh terima. Jenis input lalai ialah Sebarang, yang membenarkan pintasan kelihatan dalam sebarang app.
Apabila anda menukar jenis input, pintasan muncul hanya dalam app yang berkongsi jenis kandungan yang ditentukan. Contohnya, pintasan yang hanya menerima URL muncul apabila anda menjalankan pintasan daripada Safari, tetapi tidak muncul apabila anda menjalankan pintasan daripada Foto. Pintasan yang tidak berfungsi dengan app semasa disembunyikan.
Petua: Tentukan jenis kandungan untuk setiap pintasan anda supaya helaian kongsi anda tersusun apabila dibuka.
Nota: Kadang kala, pintasan mungkin muncul di tempat yang tidak dijangkakan—contohnya, pintasan yang menerima imej muncul apabila berkongsi halaman web dalam Safari (kerana halaman web boleh mengandungi imej).
Jadual berikut menyenaraikan jenis input yang disokong.
Jenis input | Definisi | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Imej | Fail imej, termasuk imej daripada app dan pada web, serta foto yang dikongsi daripada app Foto | ||||||||||
Media | Fail video dan audio | ||||||||||
Fail | Sebarang fail, termasuk dokumen, imej, PDF, zip dan banyak lagi | ||||||||||
Folder | Folder | ||||||||||
Fail PDF | |||||||||||
Teks | Teks biasa tanpa pemformatan digunakan | ||||||||||
Teks beraneka | Teks dengan pemformatan digunakan, termasuk HTML daripada halaman web dan kandungan dalam editor teks seperti Microsoft Word | ||||||||||
Halaman web Safari | Halaman yang dikongsi daripada app Safari atau daripada Pengawal Paparan Safari dalam app pihak ketiga | ||||||||||
URL | Sebarang URL, sama ada pautan web (seperti | ||||||||||
Artikel | Artikel yang dicam apabila URL web diserahkan sebagai input, termasuk butiran seperti tajuk, pengarang, tarikh diterbitkan, isi, petikan, bilangan perkataan dan URL imej utama | ||||||||||
Pautan Peta | Pautan ke lokasi atau arah daripada Peta atau app navigasi lain | ||||||||||
Lokasi | Alamat jalan (dikenal pasti dalam teks secara automatik oleh Pintasan) atau lokasi yang dikongsi daripada app Peta | ||||||||||
Kenalan | Kad kenalan dikongsi daripada app Kenalan, atau fail vCard | ||||||||||
Alamat e-mel | Alamat e-mel (dikenal pasti secara automatik dalam teks oleh Pintasan) | ||||||||||
Nombor telefon | Nombor telefon (dikenal pasti secara automatik dalam teks oleh Pintasan) | ||||||||||
Tarikh | Tarikh dan masa | ||||||||||
App App Store | App yang dikongsi daripada App Store | ||||||||||
Produk iTunes | Item dikongsi daripada app iTunes Store |
Petua: Untuk meneroka perkara yang app serahkan ke dalam Pintasan, sediakan pintasan yang menerima Apa-apa Sahaja dan sertakan tindakan Lihat Graf Kandungan sahaja. Apabila pintasan dijalankan daripada app, item kandungan yang boleh dikenal pasti oleh Graf Kandungan dipaparkan.