Terima item atas skrin daripada app lain
Helaian kongsi membenarkan anda menggunakan kandungan daripada app sebagai input. Pilihan Terima Kandungan Skrin membenarkan anda menghantar kandungan ke pintasan apabila menggunakan cara lain menjalankan pintasan—seperti Siri. Apabila dijalankan, pintasan boleh menerima item atas skrin daripada app disokong, seperti Safari, Peta atau Foto. Item atas skrin diserahkan kepada tindakan pertama pintasan anda.
Dalam app Pintasan pada Mac anda, dwiklik pintasan.
Dalam editor pintasan, klik untuk membuka Butiran, kemudian pilih Terima Kandungan Skrin.
Kandungan Skrin kelihatan di permulaan aliran kerja anda, mentakrifkan input yang akan diterima oleh pintasan.
Anda boleh mengehadkan input ke pintasan untuk hanya membenarkan jenis input yang tertentu—contohnya, jika anda mempunyai pintasan untuk memproses URL, serta skrin anda mempunyai URL dan imej pada skrin.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang jenis input, lihat Memahami jenis input dalam Pintasan pada Mac.