Tambah parameter penapisan kepada tindakan Cari atau Tapis dalam Pintasan pada Mac
Selepas anda menambah tindakan Cari atau Tapis ke pintasan, anda aktifkan parameter penapisan dalam tindakan untuk mengecilkan set data yang dikumpul oleh tindakan.
Contohnya, dalam tindakan Cari Foto, anda boleh menambah parameter penapisan seperti “Album ialah Potret,” yang mendapatkan foto dalam album bernama “Potret” sahaja. Anda boleh menambah lebih parameter penapisan untuk memperincikan kriteria carian—contohnya, untuk mengecualikan album “Selfie”, dengan menukar pilihan penapisan daripada “Album [ialah]” kepada “Album [bukan],” dan kemudian memilih “Selfie” daripada senarai kriteria carian.
Tambah parameter penapisan kepada tindakan Cari atau Tapis
Dalam app Pintasan pada Mac anda, dwiklik pintasan.
Dalam editor pintasan, masukkan “Cari” atau “Tapis” dalam medan carian .
Senarai app dan tindakan kelihatan dalam bar sisi di sebelah kanan.
Seret tindakan daripada senarai ke tetingkap utama editor pintasan, ke kedudukan yang anda mahukan.
Dalam tindakan yang anda tambahkan, klik Tambah Penapis.
Rentetan penapisan lalai kelihatan—sebagai contoh, “Album ialah Semua Foto”.
Klik sebarang istilah dalam rentetan, kemudian pilih pilihan daripada senarai untuk menyesuaikan rentetan penapisan.
Contohnya, anda boleh mengklik Album dan memilih Lebar, klik “ialah” dan pilih “ialah bukan”, kemudian klik parameter terakhir dan masukkan nombor dalam pad kekunci yang kelihatan.
Untuk menambah lebih parameter penapisan, ulang langkah 2–3.
Nota: Apabila anda menambah berbilang parameter penapis, pilihan Semua atau Sebarang menjadi tersedia.
Isih dan hadkan hasil parameter penapisan
Tindakan Cari dan Tapis juga disertakan parameter untuk menyusun hasil anda dan mengehadkan bilangan hasil yang dikumpul dalam operasi penapisan.
Dalam app Pintasan pada Mac anda, lakukan salah satu atau kedua-dua yang berikut:
Susun hasil penapisan: Klik menu timbul “Isih ikut”, pilih pilihan, kemudian klik menu timbul Tertib yang kelihatan dan pilih pilihan (Terkecil Dahulu, contohnya).
Hadkan hasil penapisan: Pilih kotak semak Had, kemudian dalam baris Dapatkan [x Item] yang kelihatan, klik anak panah atas atau anak panah bawah untuk memilih bilangan hasil maksimum.
Tambahan lagi, anda boleh Control-klik kotak Had atau anak panah bersebelahan Dapatkan [x Item] untuk mengesetkan parameter ini menggunakan pemboleh ubah Tanya Setiap Kali atau Pemboleh Ubah Pintar (bergantung pada tindakan dalam pintasan) yang membenarkan anda menukar had semasa pintasan dijalankan.
Petua: Untuk menggunakan dua tindakan Cari berturut-turut—tanpa menyebabkan tindakan kedua menapis output tindakan pertama—letakkan tindakan Tiada di antara kedua-dua tindakan Cari. Dengan cara ini, “tiada” diserahkan sebagai input kepada tindakan Cari kedua, yang mengisyaratkannya untuk mengambil kandungannya sendiri.