Gunakan iCloud dengan Numbers pada Mac
iCloud Drive menyimpan hamparan anda dan memastikannya kekal terkini pada komputer, peranti iOS dan peranti iPadOS anda yang didaftar masuk dengan Apple ID yang sama. Anda sentiasa melihat versi terkini hamparan anda, tidak kira tempat anda membuat pengeditan terakhir anda.
Untuk penyelarasan hamparan yang lancar, gunakan iCloud Drive, iOS 8 atau lebih baru atau iPadOS pada peranti anda dan OS X 10.10 atau lebih baru pada komputer Mac anda. Pada peranti iOS atau iPadOS anda, item yang disimpan dalam iCloud Drive muncul dalam pengurus hamparan.
Anda juga boleh menggunakan Numbers untuk iCloud untuk mencipta dan mengedit hamparan Numbers menggunakan pelayar web yang disokong pada komputer Mac atau Windows.
Sediakan iCloud Drive pada Mac anda
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian lakukan satu daripada yang berikut:
Jika anda telah mendaftar masuk dengan Apple ID: Klik Apple ID.
Jika anda tidak mendaftar masuk dengan Apple ID: Klik Daftar Masuk, masukkan Apple ID dan kata laluan anda, kemudian ikuti arahan.
Jika anda tidak mempunyai Apple ID: Klik Cipta Apple ID untuk mendapatkannya, kemudian daftar masuk.
Penting: Jika anda terlupa Apple ID anda atau kata laluannya, anda boleh memulihkannya pada tapak web Apple ID. Walaupun anda boleh mempunyai lebih daripada satu Apple ID, ia tidak disyorkan. Pembelian yang dibuat menggunakan satu Apple ID tidak boleh digabungkan dengan pembelian yang dibuat menggunakan Apple ID lain.
Klik iCloud, kemudian pilih kotak semak iCloud Drive.
Klik Pilihan bersebelahan kotak semak iCloud Drive, kemudian pilih kotak semak Numbers.
Apabila iCloud dinyahaktifkan untuk Numbers pada Mac anda, pengeditan yang anda buat atau hamparan baru yang anda cipta tidak disimpan dalam iCloud Drive. Hamparan yang baru dicipta atau ditukar pada peranti anda atau pada komputer lain anda tidak tersedia dalam Numbers pada Mac anda.
Buka Numbers untuk app web iCloud
Hamparan yang anda cipta menggunakan Numbers untuk iCloud tersedia secara automatik dalam Numbers pada Mac, iPhone dan iPad anda yang disediakan untuk menggunakan iCloud—dan sebaliknya. Jika anda mencipta hamparan menggunakan Numbers pada iPhone, iPad atau Mac, hamparan muncul secara automatik dalam Numbers untuk iCloud.
Pastikan anda telah mendaftar masuk ke iCloud pada Mac anda dan iCloud Drive dipilih (dalam menu Apple > Keutamaan Sistem > Apple ID > iCloud > iCloud Drive).
Klik Pilihan bersebelahan kotak semak iCloud Drive, kemudian pilih kotak semak Numbers.
Pada komputer Mac atau Windows anda, pergi ke iCloud.com dan daftar masuk menggunakan Apple ID yang sama.
Klik Numbers.
Lihat Bantuan Numbers untuk iCloud untuk mendapatkan maklumat tentang penggunaan Numbers untuk iCloud.
Petua untuk menguruskan hamparan merentas peranti
Di bawah ini ialah beberapa perkara yang perlu diingati tentang menggunakan iCloud untuk menguruskan hamparan anda merentas peranti:
Jika anda mengedit dan kemudian menutup hamparan semasa anda tidak disambungkan ke internet, anda akan melihat ikon awan bersebelahan imej kecil hamparan dalam dialog Buka pada Mac anda. Pada kali seterusnya anda bersambung ke internet, hamparan yang diedit akan disimpan dalam iCloud Drive.
Jika anda edit hamparan pada berbilang komputer atau peranti dan tidak memberikan masa untuk pengeditan anda diselaraskan, anda akan melihat konflik. Jika anda menghadapi konflik, anda boleh memilih untuk mengekalkan sebarang atau semua versi tersebut. (Ini hanya tertakluk pada hamparan yang tidak dikongsi dengan lain.)
Jika anda padamkan hamparan yang dikongsi dengan anda, ia juga dipadamkan daripada iCloud Drive dan Numbers pada semua peranti anda. Anda boleh klik pautan dikongsi lagi untuk menambah semula hamparan itu ke iCloud Drive anda, menjadikannya tersedia semula pada semua komputer dan peranti anda dengan iCloud diaktifkan.
Jika anda menggunakan folder untuk mengatur hamparan anda pada satu peranti, aturan folder yang sama digunakan pada semua peranti anda.
Jika anda menambah kata laluan pada hamparan pada satu peranti, kata laluan tersebut diperlukan untuk membuka hamparan pada semua peranti anda.