Panduan Pengguna Numbers untuk Mac
- Selamat Datang
-
- Pengenalan kepada Numbers
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cipta hamparan
- Buka atau tutup hamparan
- Peribadikan templat
- Gunakan helaian
- Buat asal atau buat semula perubahan
- Simpan hamparan anda
- Cari hamparan
- Padamkan hamparan
- Cetak hamparan
- Touch Bar untuk Numbers
- Gunakan VoiceOver untuk mencipta hamparan
- Hak Cipta
Pengenalan kepada gaya perenggan dalam Numbers pada Mac
Gaya perenggan ialah set atribut—seperti saiz dan warna fon—yang menentukan rupa teks dalam perenggan. Gunakan gaya perenggan untuk:
Capai rupa yang konsisten untuk semua teks dalam hamparan anda: Anda boleh memilih sebarang perenggan dan menggunakan gaya padanya agar ia kelihatan sama.
Buat perubahan global dengan cepat pada rupa teks dalam hamparan anda: Contohnya, jika anda menggunakan gaya perenggan Tajuk pada semua tajuk dalam hamparan dan kemudian memutuskan anda mahu menukar warnanya, anda boleh menukar warna gaya Tajuk sendiri dan semua tajuk akan dikemas kini secara automatik.
Numbers disertakan dengan gaya perenggan praset, namun anda boleh mencipta gaya perenggan anda sendiri untuk digunakan dalam hamparan.
Jika anda menukar rupa teks yang telah digunakan gaya perenggan padanya, asterisk dan dalam sesetengah kes butang Kemas Kini, muncul bersebelahan nama gaya dalam menu timbul Gaya Perenggan, yang menunjukkan bahawa gaya mempunyai pengganti untuk teks khusus tersebut. Anda boleh membiarkan penggantian seperti sedia ada atau kemas kini gaya perenggan untuk menyertakan perubahan.
Nota: Anda tidak boleh menggunakan gaya perenggan pada teks dalam sel jadual.