Panduan Pengguna Numbers untuk Mac
- Selamat Datang
-
- Pengenalan kepada Numbers
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cipta hamparan
- Buka atau tutup hamparan
- Peribadikan templat
- Gunakan helaian
- Buat asal atau buat semula perubahan
- Simpan hamparan anda
- Cari hamparan
- Padamkan hamparan
- Cetak hamparan
- Touch Bar untuk Numbers
- Gunakan VoiceOver untuk mencipta hamparan
- Hak Cipta
Tambah kapsyen dalam Numbers pada Mac
Anda boleh menggunakan kotak teks untuk menambah kapsyen atau label pada imej, jadual, bentuk atau objek lain.
Pada helaian di tempat anda mahu menambah kapsyen, klik dalam bar alat.
Kotak teks muncul pada helaian.
Seret kotak teks ke tempat yang anda mahukannya.
Taipkan kapsyen anda, kemudian saiz semula kotak teks dengan menyeret sebarang pemegang pilihan.
Jika anda tidak nampak pemegang pemilihan, klik di luar kotak, kemudian klik teks sekali.
Klik teks atau kotak teks untuk memilihnya, kemudian dalam bar sisi Format , gayakan teks, kotak teks, atau kedua-duanya:
Tukar rupa teks: Gunakan kawalan fon untuk memilih fon berlainan, tukar saiz fon dan banyak lagi.
Tukar rupa kotak teks: Klik tab Gaya, kemudian klik salah satu gaya kotak teks di bahagian atas bar sisi. Anda boleh menggunakan kawalan lain untuk menukar warna kotak, menambah bayang padanya dan membuat pelarasan lain.
Untuk mengumpulkan kapsyen dengan objek agar ia kekal sama, pilih kapsyen dan objek, klik tab Susun di bahagian atas bar sisi, kemudian klik Kumpulan di bahagian bawah bar sisi.
Jika anda mahu menggunakan pemformatan yang sama untuk semua kapsyen dalam hamparan, anda boleh mencipta gaya perenggan untuk kapsyen agar anda boleh menggunakan gaya dengan mudah pada semua kapsyen dalam hamparan anda.
Nota: Untuk mengetahui cara menambah kapsyen ke galeri imej, lihat Tambah galeri imej dalam Numbers pada Mac.