![Ikon app Numbers.](https://help.apple.com/assets/5CDC401A0946222B0E787522/5CDC4079094622D43D78A2BA/ms_MY/ed5d8f27328f66b0b870b9c38d823f9c.png)
![Pemilih templat dengan kategori di bahagian kiri. Kategori Kewangan Peribadi dipilih.](https://help.apple.com/assets/5CDC401A0946222B0E787522/5CDC4079094622D43D78A2BA/ms_MY/bb824bbb6b511bfd3171a1d689b21ad3.png)
Mulakan dengan templat
Semua hamparan bermula dengan templat—model yang anda boleh gunakan sebagai titik permulaan. Gantikan carta dan data templat dengan kandungan anda sendiri dan tambah jadual baru, formula dan banyak lagi.
![Jadual menunjukkan jarak kembara jalan kaki. Editor formula terbuka dan menunjukkan fungsi SUM untuk lajur Jarak.](https://help.apple.com/assets/5CDC401A0946222B0E787522/5CDC4079094622D43D78A2BA/ms_MY/c7cbeaf6e2e0940346bdbc08b6d92045.png)
Tambahkan data kepada jadual
Masukkan data anda sendiri atau import data daripada fail lain. Anda juga boleh memilih daripada pelbagai formula praset, seperti jumlah atau purata, untuk ditambahkan kepada sebarang sel. Untuk memuatkan semua data anda, tambahkan lebih banyak baris dan lajur.
![Carta pai menunjukkan peratus denai dilengkapkan. Menu Format juga terbuka, menunjukkan gaya carta berbeza untuk dipilih, juga pilihan untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan tajuk atau petunjuk carta, menunjukkan data disembunyikan dan mengedit fon, warna serta latar belakang carta.](https://help.apple.com/assets/5CDC401A0946222B0E787522/5CDC4079094622D43D78A2BA/ms_MY/3263a18595725e0c68690548f6429308.png)
Cipta carta
Ilustrasikan data anda dengan carta 2D atau interaktif. Apabila anda membuat perubahan kepada data dalam jadual, carta dikemas kini secara automatik.
![Hamparan menjejaki maklumat kembara jalan kaki, menunjukkan nama helaian berhampiran bahagian atas skrin. Butang Tambah Helaian di bahagian kiri, diikuti oleh tab helaian untuk Jadual Kembara Jalan Kaki, Ketinggian, Segmen Denai, Peralatan dan Makanan. Helaian Ketinggian dipilih.](https://help.apple.com/assets/5CDC401A0946222B0E787522/5CDC4079094622D43D78A2BA/ms_MY/de9d81a087416b0703dadff825550be4.png)
Kekal terurus dengan helaian
Atur hamparan anda dengan helaian berbeza untuk setiap jenis maklumat yang anda mahu jejaki—pendapatan, perbelanjaan dan seterusnya. Kemudian hanya klik tab di bahagian atas hamparan untuk bertukar kepada hamparan yang anda mahu lihat.
![Menu Kerjasama menunjukkan nama orang yang bekerjasama pada hamparan. Pilihan berkongsi adalah di bawah nama.](https://help.apple.com/assets/5CDC401A0946222B0E787522/5CDC4079094622D43D78A2BA/ms_MY/1f5e09397459e755130517e056fdada7.png)
Bekerjasama dalam masa nyata
Jemput orang lain untuk bekerja dengan anda pada hamparan anda. Semua orang yang anda jemput boleh melihat perubahan semasa ia dibuat, tetapi anda mengawal orang yang boleh mengedit atau hanya melihat hamparan.
Panduan ini membantu anda bermula menggunakan Numbers 6.2 pada Mac anda. Untuk melihat versi Numbers pada Mac anda, pilih Numbers > Perihal Numbers (daripada menu Numbers di bahagian atas skrin anda). Untuk melayari panduan ini, klik Senarai Kandungan berdekatan bahagian atas halaman. Anda juga boleh memuat turun panduan daripada Apple Books (jika tersedia).
Jika anda memerlukan lebih bantuan, lawati tapak web Sokongan Numbers.
Panduan Pengguna Numbers untuk Mac
- Selamat Datang
-
- Pengenalan kepada Numbers
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cipta hamparan
- Buka atau tutup hamparan
- Peribadikan templat
- Gunakan helaian
- Buat asal atau buat semula perubahan
- Simpan hamparan anda
- Cari hamparan
- Padamkan hamparan
- Cetak hamparan
- Touch Bar untuk Numbers
- Gunakan VoiceOver untuk mencipta hamparan
- Hak Cipta