Jemput orang lain untuk bekerjasama dalam Numbers pada Mac
Anda boleh menjemput orang lain untuk bekerjasama dengan anda pada hamparan pada masa nyata dengan menghantar mereka pautan kepadanya. Semua orang bekerjasama pada hamparan boleh membuat perubahan semasa ia dibuat.
Secara lalai, hanya orang yang anda jemput untuk bekerjasama pada hamparan dan yang mendaftar masuk menggunakan Apple ID boleh membuka dan membuat perubahan kepadanya. Walau bagaimanapun, anda boleh menukar keistimewaan akses supaya sesiapa sahaja dengan pautan boleh membukanya (tanpa Apple ID), atau menukar keistimewaan pengeditan supaya orang boleh melihat tetapi tidak boleh mengedit hamparan.
Selepas anda berkongsi hamparan, anda boleh menjemput lebih ramai orang untuk menyertai hamparan pada bila-bila masa. Cara anda menjemput orang bergantung pada jenis keistimewaan akses yang dipilih (sama ada orang yang dijemput perlu mendaftar masuk dengan Apple ID atau tidak).
Petua: Jika hamparan dilindungi oleh kata laluan, untuk tujuan keselamatan jangan menghantar kata laluan dengan pautan.
Jemput orang untuk bekerjasama
Untuk menjemput orang lain untuk bekerjasama pada hamparan, pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda, anda telah menyediakan Numbers untuk menggunakan iCloud Drive dan hamparan yang anda mahu kongsikan disimpan dalam iCloud Drive.
Dengan hamparan terbuka, klik
dalam bar alat.
Jika Bekerjasama tidak kelihatan dalam menu timbul di bahagian atas, klik menu timbul, kemudian pilih Bekerjasama.
Untuk menukar orang yang boleh mengakses hamparan, klik anak panah pendedahan di bawah Bekerjasama, klik menu timbul “Orang yang boleh mengakses”, kemudian pilih pilihan (jika anda tidak melihat pilihan ini, pastikan hamparan disimpan dalam iCloud):
Hanya orang dijemput: Hanya orang yang anda jemput dan mendaftar masuk dengan Apple ID mereka boleh membuka hamparan. Orang tidak perlu mempunyai Apple ID sebelum anda menjemput mereka, tetapi, mereka perlu menciptanya sebelum mereka boleh membuka hamparan dikongsi anda.
Jika anda menjemput seseorang menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon yang tidak dikaitkan dengan Apple ID, mereka tidak dapat menerima jemputan sehingga mereka menambah alamat e-mel atau nombor telefon ke Apple ID mereka. Arahan disediakan apabila mereka ketik atau klik pautan dalam jemputan.
Sesiapa dengan pautan: Sesiapa dengan pautan ke hamparan dikongsi boleh ketik atau klik pautan untuk membuka hamparan.
Untuk menukar orang yang boleh membuat perubahan pada hamparan, klik menu timbul Keizinan, kemudian pilih pilihan:
Boleh membuat perubahan: Orang boleh mengedit, mencetak dan memuat turun hamparan dikongsi.
Lihat sahaja: Orang boleh melihat, mencetak dan memuat turun hamparan dikongsi tetapi tidak boleh mengeditnya. Mereka tidak boleh membalas atau memadamkan komen dalam senarai aktiviti dan apabila mereka menyertai hamparan, tiada pemberitahuan kelihatan.
Nota: Jika anda setkan akses kepada “Hanya orang dijemput” (dalam langkah sebelumnya), anda boleh menukar seting keizinan individu selepas anda berkongsinya.
Jika anda tidak mahu semua peserta dapat menjemput orang lain, nyahpilih “Benarkan orang lain menjemput”.
Pilih kaedah untuk menghantar jemputan untuk bekerjasama (jika hamparan tidak disimpan dalam iCloud Drive, anda digesa untuk mengalihkannya di sini):
Mail atau Mesej: Taipkan alamat e-mel atau nombor telefon untuk setiap penerima, tambahkan nota jika anda mahu, kemudian klik Hantar (untuk Mail) atau tekan Enter (untuk Mesej). Pautan kepada fail dihantar ke setiap penerima.
Nota: Untuk berkongsi pautan kepada fail dalam app Nota, pilih atau taipkan nama penerima, klik Kongsi Pautan, pilih nota di tempat anda mahu menyimpannya (atau cipta yang baharu), tambah teks jika anda mahu, kemudian klik Simpan.
Jemput dengan Pautan: Salin pautan fail, supaya anda boleh menghantar atau menyiarkannya menggunakan sebarang perkhidmatan internet yang telah disediakan pada Mac anda. Taip alamat e-mel atau nombor telefon untuk setiap penerima, kemudian klik Kongsi Pautan. Buka app yang anda mahu gunakan untuk berkongsi pautan, klik tempat anda mahu menampal pautan, kemudian pilih Edit > Tampal (daripada menu Edit di bahagian atas skrin anda), atau tekan Command-V pada papan kekunci.
Penting: Pautan ke hamparan yang dicipta apabila anda menjemput kolaborator menyertakan tajuk hamparan. Jika tajuk atau kandungan hamparan adalah sulit, pastikan untuk meminta penerima agar tidak memajukan pautan kepada orang lain.
Selepas anda berkongsi hamparan, kotak semak kelihatan pada butang Kerjasama untuk menunjukkan bahawa hamparan dikongsi.
Jemput lebih ramai orang untuk mendaftar masuk ke hamparan
Jika anda ialah pemilik hamparan yang aksesnya disetkan kepada “Hanya orang dijemput”, atau jika pemilik hamparan dikongsi memberikan keizinan kepada anda untuk menambah orang, anda boleh menjemput lebih ramai orang untuk menyertai hamparan menggunakan Apple ID mereka.
Nota: Jika akses hamparan disetkan kepada “Sesiapa sahaja dengan pautan”, ikuti arahan dalam tugas seterusnya, Hantar pautan ke lebih ramai orang (Apple ID tidak diperlukan).
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pilih Fail > Urus Hamparan Dikongsi (daripada menu Fail di bahagian atas skrin anda).
Klik
dalam bar alat, kemudian klik Urus Hamparan Dikongsi.
Dalam iCloud Drive, Control-klik fail, kemudian pilih Urus Hamparan Dikongsi.
Klik Kongsi dengan Lebih Ramai Orang, kemudian pilih kaedah bagi menghantar jemputan untuk bekerjasama:
Mail atau Mesej: Taipkan alamat e-mel atau nombor telefon untuk setiap penerima, tambahkan nota jika anda mahu, kemudian klik Hantar (untuk Mail) atau tekan Enter (untuk Mesej). Pautan kepada fail dihantar ke setiap penerima.
Nota: Untuk berkongsi pautan kepada fail dalam app Nota, pilih atau taipkan nama penerima, klik Kongsi Pautan, pilih nota di tempat anda mahu menyimpannya (atau cipta yang baharu), tambah teks jika anda mahu, kemudian klik Simpan.
Jemput dengan Pautan: Salin pautan fail, supaya anda boleh menghantar atau menyiarkannya menggunakan sebarang perkhidmatan internet yang telah disediakan pada Mac anda. Taip alamat e-mel atau nombor telefon untuk setiap penerima, kemudian klik Kongsi Pautan. Buka app yang anda mahu gunakan untuk berkongsi pautan, klik tempat anda mahu menampal pautan, kemudian pilih Edit > Tampal (daripada menu Edit di bahagian atas skrin anda), atau tekan Command-V pada papan kekunci.
Klik Selesai.
Nota: Pautan mungkin muncul di bahagian isi mesej sebagai grafik digayakan dengan tajuk hamparan—pastikan tidak mengedit atau memadamnya.
Mana-mana peserta boleh menyalin pautan ke hamparan dan menampalnya di tempat lain—contohnya, untuk menyimpan pautan di tempat ia boleh diakses dengan mudah. Jika pemilik mengehadkan akses kepada orang yang mereka jemput, pautan hanya berfungsi untuk peserta yang dijemput.
Anda boleh tukar seting perkongsian untuk orang baharu selepas anda menghantar pautan.
Hantar pautan ke lebih ramai orang (Apple ID tidak diperlukan)
Jika akses hamparan anda disetkan kepada “Sesiapa sahaja dengan pautan”, anda boleh menjemput lebih ramai orang untuk bekerjasama pada hamparan dengan menghantarkan pautan yang tidak memerlukan Apple ID kepada mereka untuk melihat hamparan.
Nota: Jika akses hamparan disetkan kepada “Hanya orang dijemput”, ikuti arahan dalam tugas sebelumnya, Jemput lebih ramai orang untuk mendaftar masuk ke hamparan.
Dengan hamparan terbuka, klik
dalam bar alat.
Pilih kaedah untuk menghantar pautan:
Mail atau Mesej: Taipkan alamat e-mel atau nombor telefon untuk setiap penerima, tambahkan nota jika anda mahu, kemudian klik Hantar (untuk Mail) atau tekan Enter (untuk Mesej). Pautan kepada fail dihantar ke setiap penerima.
Nota: Untuk berkongsi pautan kepada fail dalam app Nota, pilih atau taipkan nama penerima, klik Kongsi Pautan, pilih nota di tempat anda mahu menyimpannya (atau cipta yang baharu), tambah teks jika anda mahu, kemudian klik Simpan.
Kongsi pautan dengan cara lain: Klik Salin Pautan, kemudian klik tempat anda mahu menampal pautan. Pilih Edit > Tampal (daripada menu Edit di bahagian atas skrin anda) atau tekan Command-V pada papan kekunci.