Panduan Pengguna Numbers untuk Mac
- Selamat Datang
- Baharu
-
- Bermula dengan Numbers
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cipta hamparan
- Buka atau tutup hamparan
- Peribadikan templat
- Gunakan helaian
- Buat asal atau buat semula perubahan
- Simpan hamparan anda
- Cari hamparan
- Padamkan hamparan
- Cetak hamparan
- Tukar latar belakang helaian
- Touch Bar untuk Numbers
- Tukar seting privasi dan analitis Numbers
-
- Gunakan iCloud dengan Numbers
- Import fail Excel atau teks
- Eksport ke Excel atau format fail lain
- Kurangkan saiz fail hamparan
- Simpan hamparan besar sebagai fail pakej
- Pulihkan versi lebih awal hamparan
- Alihkan hamparan
- Kunci hamparan
- Lindungi hamparan dengan kata laluan
- Cipta dan uruskan templat tersuai
- Hak Cipta

Folder dikongsi dan kerjasama dalam Numbers
Jika anda berkongsi folder yang mengandungi hamparan Numbers, semua orang yang mempunyai keizinan untuk melihat folder boleh membuka hamparan di dalam folder.
Penting: Untuk mencipta, melihat dan bekerjasama dengan folder dikongsi, anda memerlukan peranti yang memenuhi keperluan sistem minimum: macOS 13, iOS 16, iPadOS 16, atau lebih baharu.
Ini ialah beberapa perkara yang perlu diingati tentang bekerjasama pada hamparan dalam folder dikongsi:
Jika anda mahu menjemput orang untuk bekerjasama pada hamparan dalam folder dikongsi, anda perlu menukar seting untuk keseluruhan folder dan bukannya menambah peserta ke hamparan.
Jika anda mengalihkan hamparan tidak dikongsi ke dalam folder dikongsi, hamparan tersebut dikongsi dengan sesiapa sahaja yang boleh membuka folder.
Jika anda mengalihkan hamparan dikongsi ke dalam folder dikongsi, hanya orang yang boleh membuka folder boleh membuka hamparan.
Jika hamparan yang anda sedang usahakan berada di dalam folder dikongsi, sesiapa sahaja dengan pautan ke hamparan mestilah mempunyai akses kepada keseluruhan folder untuk membuka hamparan.
Jika anda mahu berhenti berkongsi hamparan individu dalam folder dikongsi tanpa menukar seting untuk keseluruhan folder, anda boleh mengalihkan fail ke folder yang anda belum kongsi.
Jika anda berhenti berkongsi atau memadamkan folder dikongsi, semua fail dalam folder itu tidak lagi boleh dilihat oleh pengguna lain.
Jika peserta memadamkan folder dikongsi, folder hanya dipadamkan daripada peranti pengguna tersebut (kecuali jika anda pemilik folder).
Jika peserta (dengan keizinan untuk mengedit) memadamkan hamparan di dalam folder dikongsi, hamparan dipadamkan daripada peranti semua orang.
Nota: Pemilik boleh memulihkan hamparan yang dipadamkan pada iCloud.com. Lihat Panduan Pengguna iCloud untuk maklumat lanjut.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang berkongsi folder, lihat Panduan Pengguna Mac.