Uruskan templat Numbers pada Mac
Jika anda mencipta hamparan yang anda mahu gunakan sekali lagi sebagai model untuk hamparan lain, anda boleh menyimpannya sebagai templat. Mencipta templat anda sendiri adalah semudah menambah logo syarikat anda pada templat sedia ada atau anda boleh mereka bentuk templat yang baru sepenuhnya.
Anda boleh menambah templat tersuai anda pada pemilih templat, simpannya sebagai fail untuk dikongsi dengan orang lain dan gunakannya dalam Numbers pada Mac, iPhone, atau iPad anda. Templat tersuai yang anda cipta pada Mac anda dihimpunkan dalam kategori Templat Saya pada pemilih templat dan dikongsi merentas semua peranti anda.
Simpan hamparan sebagai templat
Jika anda telah mendaftar masuk ke iCloud dan iCloud Drive diaktifkan apabila anda menyimpan templat tersuai anda, ia tersedia pada semua peranti anda (tetapi bukan dalam Numbers untuk iCloud).
Dengan hamparan terbuka, pilih Fail > Simpan sebagai Templat (daripada menu Fail di bahagian atas skrin anda).
Klik pilihan:
Tambah pada Pemilih Templat: Taipkan nama untuk templat, kemudian klik Pilih. Anda boleh melihat templat baru pada semua peranti anda selagi anda telah mendaftar masuk ke iCloud dan iCloud Drive diaktifkan apabila anda menyimpan templat.
Simpan: Taipkan nama untuk templat, kemudian pilih tempat yang anda mahu menyimpannya.
Jika anda mahu e-mel templat kepada orang lain atau diri sendiri, simpannya ke komputer anda. Anda boleh lampirkan fail ke dalam mesej e-mel.
Pasang templat daripada sumber lain pada Mac anda
Anda boleh memasang templat tersuai yang anda terima sebagai lampiran dengan menambahnya pada pemilih templat Numbers.
Nota: Jika anda mencipta templat tersuai dan memilih Tambah ke Pemilih Templat semasa anda didaftar masuk ke iCloud, ia telah dipasang pada semua peranti anda dan tersedia dalam kategori Templat Saya pada pemilih templat.
Dwiklik fail templat (jika sambungan fail ialah ".nmbtemplate"), kemudian klik Tambah pada Pemilih Templat.
Anda boleh setkan Numbers untuk sentiasa membuka hamparan baru daripada templat yang sama berbanding pemilih templat. Pilih Numbers > Keutamaan (daripada menu Numbers di bahagian atas skrin anda). Dalam anak tetingkap Umum, pilih “Gunakan templat,” kemudian klik Tukar Templat bagi memilih templat.
Namakan semula atau padam templat tersuai
Selepas anda memasang templat, ia muncul dalam kategori Templat Saya dalam pemilih templat. Jika anda telah mendaftar masuk ke iCloud dan iCloud Drive diaktifkan, memadam templat tersuai akan memadamkannya daripada semua peranti anda.
Dalam pemilih templat, Control-klik nama templat kemudian pilih Nama Semula atau Padam.
Jika anda menamakan semula, taipkan nama baru, kemudian tekan Return.
Templat tersuai sentiasa muncul dalam Templat Saya dalam pemilih templat. Anda tidak dapat menyusun semula templat dan anda tidak dapat memadamkan templat yang datang dengan Numbers.
Edit templat tersuai
Selepas anda menyimpan templat tersuai yang anda cipta, anda tidak boleh mengeditnya. Walau bagaimanapun, anda boleh menggunakannya sebagai asas untuk templat baru.
Pilih Fail > Baru, kemudian dwiklik templat yang anda mahu gunakan sebagai asas untuk templat baru.
Templat tersuai muncul dalam kategori Templat Saya pada pemilih templat. Jika anda mahu menggunakan templat tersuai yang tidak muncul di sini, anda mesti memasang templat tersuai terlebih dahulu (lihat arahan di atas).
Buat perubahan anda, pilih Fail > Simpan sebagai Templat, kemudian pilih pilihan untuk menyimpan hamparan sebagai templat baru.
Anda boleh memadamkan templat lama selepas anda mencipta templat baru.