Hantar hamparan dalam Numbers pada Mac
Anda boleh menghantar salinan hamparan Numbers menggunakan AirDrop, Mail, Mesej atau perkhidmatan lain. Anda juga boleh menghantar hamparan anda dalam format lain—PDF, Microsoft Excel, CSV, atau TSV.
Hantar salinan dalam Numbers atau format lain
Anda boleh mengehadkan akses kepada salinan dengan menambahkan kata laluan padanya. Untuk menghalang orang lain daripada mengubah suai hamparan, anda boleh mengunci hamparan.
Dengan hamparan terbuka, pilih Kongsi > Hantar salinan (daripada menu di bahagian atas skrin), kemudian pilih pilihan.
Pilih format, kemudian tentukan seting:
PDF: Fail ini boleh dibuka dan kadangkala diedit dengan aplikasi seperti Pratonton dan Adobe Acrobat. Pilih pilihan untuk tataletak halaman. Klik menu timbul Kualiti Imej, kemudian pilih kualiti imej (lebih tinggi kualiti imej, lebih besar saiz fail salinan).
Excel: Pilih samada untuk menyertakan hamparan ringkasan dengan pautan kepada semua jadual. Jika fail perlu serasi dengan versi lama Microsoft Excel (1997-2004), klik Pilihan Lanjutan, kemudian pilih .xls daripada menu timbul.
CSV: Kandungan sel ditunjukkan sebagai nilai dipisahkan koma dalam fail yang dieksport. Untuk menyertakan nama jadual, pilih kotak semak “Sertakan nama jadual”. Untuk menukar pengekodan teks, klik segi tiga pendedahan bersebelahan Pilihan Lanjutan.
TSV: Kandungan sel ditunjukkan sebagai nilai dipisahkan hentian tab dalam fail yang dieksport. Untuk menyertakan nama jadual, pilih kotak semak “Sertakan nama jadual”. Untuk menukar pengekodan teks, klik segi tiga pendedahan bersebelahan Pilihan Lanjutan.
Jika terdapat kotak semak kata laluan, lakukan salah satu daripada berikut:
Setkan kata laluan: Pilih “Perlukan kata laluan untuk membuka”, kemudian masukkan kata laluan. Ia digunakan hanya pada salinan.
Simpan kata laluan hamparan asal: Pastikan kotak semak “Perlukan kata laluan untuk membuka” dipilih.
Gunakan kata laluan berbeza untuk salinan yang anda sedang hantar: Pilih “Perlukan kata laluan untuk membuka”, klik Tukar Kata Laluan, kemudian setkan kata laluan baru.
Hantar salinan tanpa kata laluan: Nyahpilih kotak semak “Perlukan kata laluan untuk membuka”.
Klik Seterusnya, kemudian berikan maklumat yang diminta (contohnya, alamat e-mel jika anda menghantar e-mel).
Jika anda tidak mendaftar masuk ke akaun anda untuk kaedah yang anda gunakan, anda diminta untuk mendaftar masuk sebelum meneruskan. Untuk AirDrop, hamparan dihantar apabila penerima menerimanya.
Untuk mendapatkan pilihan format tambahan, lihat Eksport format fail lain dalam Numbers pada Mac.
Untuk memudahkan anda menghantar, menyiarkan atau berkongsi hamparan, anda boleh mengurangkan saiz failnya.