Gunakan pelayan WebDAV untuk memindahkan hamparan Numbers
Anda boleh menyalin hamparan Numbers anda ke pelayan WebDAV, kemudian memindahkannya daripada pelayan ke iPhone atau iPad anda. Anda juga boleh membuka dan mengedit pada pelayan.
Anda boleh memindahkan fail ke iPhone atau iPad anda dalam format fail Numbers ’09, Excel atau CSV.
Bersambung ke pelayan WebDAV daripada Mac
Klik desktop untuk beralih ke Finder.
Pilih Pergi > Sambung ke Pelayan (daripada menu Pergi di bahagian atas skrin anda).
Taipkan alamat pelayan dalam medan Alamat Pelayan, kemudian klik Sambung.
Alamat pelayan perlu berada dalam bentuk yang serupa dengan ini:
http://servername.com/path/
Anda boleh mencari maklumat lanjut tentang menggunakan WebDAV dalam Bantuan macOS. Klik desktop untuk bertukar kepada Finder, pilih Bantuan > Bantuan macOS (daripada menu Bantuan di bahagian atas skrin anda), kemudian cari “WebDAV”.
Salin hamparan antara pelayan WebDAV dan iPhone atau iPad
Buka Numbers pada iPhone atau iPad anda.
Lakukan salah satu yang berikut untuk menavigasi ke Lokasi dalam pengurus hamparan:
Dalam hamparan terbuka, ketik Hamparan atau di penjuru kiri atas skrin. Jika Lokasi tidak muncul di penjuru kiri atas skrin seterusnya, ketik lagi sehingga anda melihat Lokasi.
Jika tiada hamparan dibuka dan anda tidak melihat senarai Lokasi, ketik Layari di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Lokasi di penjuru kiri atas skrin (jika perlu).
Ketik WebDAV dalam senarai Lokasi, kemudian ketik Sambung ke Pelayan WebDAV.
Jika anda tidak melihat WebDAV di bawah Lokasi, ketik di bahagian atas Lokasi, ketik Edit, aktifkan WebDAV, kemudian ketik Selesai.
Taip alamat pelayan dan nama pengguna dan kata laluan anda, kemudian ketik Daftar Masuk.
Selepas anda mendaftar masuk ke pelayan WebDAV, anda juga boleh membuka dan mengedit fail pada pelayan tanpa perlu mendaftar masuk lagi. Anda kekal daftar masuk ke pelayan sehingga anda mengetik bersebelahan WebDAV dalam senarai Lokasi.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Salin fail daripada pelayan: Ketik fail pada pelayan. Apabila pemindahan selesai, fail muncul dalam pengurus hamparan. Ketik fail untuk membukanya pada peranti anda.
Salin hamparan ke pelayan: Dengan pengurus hamparan dalam paparan pelayar, ketik Pilih di penjuru kanan atas, ketik hamparan, kemudian ketik Alihkan di bahagian bawah skrin. Ketik WebDAV, kemudian ketik Salin di penjuru kanan atas.
Buka dan edit fail: Ketik fail. Apabila pemindahan selesai, fail terbuka dan sebarang pengeditan yang anda buat diselaraskan balik ke pelayan.