iCloud Drive

iCloud Drive menyimpan hamparan, pembentangan, PDF, imej anda dan jenis dokumen lain agar anda boleh mengakses dokumen ini dari sebarang peranti anda yang disediakan dengan iCloud. Ia membenarkan app anda berkongsi dokumen agar anda boleh mengusahakan fail yang sama merentas berbilang app dan bekerjasama padanya bersama orang lain dalam masa sebenar.

iCloud Drive berfungsi dengan iPhone atau iPad yang menggunakan iOS 8 atau lebih baru, komputer Mac menggunakan OS X 10.10 atau lebih baru dan PC dengan iCloud untuk Windows. Anda juga boleh mengakses iCloud Drive menerusi iCloud.com.

Untuk mengakses iCloud Drive, anda mesti mendaftar masuk ke iCloud menggunakan Apple ID anda. iCloud Drive berfungsi dengan app yang disokong termasuk Pages, Numbers, Keynote, GarageBand dan beberapa app daripada pembangun selain daripada Apple.