Penuding dalam macOS
macOS menggunakan beberapa gaya penuding yang bergerak pada skrin apabila anda menggunakan tetikus atau trackpad anda.
Penuding | Nama | Tujuan | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Anak panah | Ini adalah penuding yang anda lihat paling banyak. Ia digunakan untuk menuding dan memilih item, mengalihkan bar skrol, mensaiz semula tetingkap dan banyak lagi. Jika anda tidak nampak penuding pada skrin, gerakkan jari anda dengan cepat pada trackpad atau gerakkan tetikus dengan cepat—penuding akan menjadi besar seketika supaya anda boleh melihatnya. Anda boleh nyahaktifkan ciri ini. Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, klik Paparan, kemudian nyahpilih kotak semak ”Goncangkan penuding tetikus untuk mencari". | ||||||||||
Pruf | Menunjukkan bahawa item yang anda seret akan hilang apabila anda lepaskan butang. Jika item adalah alias, fail asalnya tidak dipadamkan. | ||||||||||
Salin | Muncul apabila anda Option-klik fail atau folder dan tunjukkan menyeret item akan mencipta salinannya di lokasi baru dan bukannya mengalihkannya. | ||||||||||
Alias | Muncul apabila anda Option-Command-klik item dan menunjukkan yang menyeret item akan mencipta alias untuk item. | ||||||||||
I-beam | Muncul apabila anda pilih dan masukkan teks. | ||||||||||
Rerambut silang | Muncul apabila anda memilih kawasan segi empat tepat dalam imej. | ||||||||||
Tangan penunjuk | Muncul apabila penuding tetikus atas pautan halaman web, dokumen, atau item lain. | ||||||||||
Tangan terbuka | Muncul apabila penuding tetikus berada atas item yang anda boleh alih dan laraskan dalam batas tertentu—sebagai contoh, teks di dalam sel hamparan atau baris jadual dalam dokumen. | ||||||||||
Tangan ditutup | Muncul apabila anda mengalihkan dan melaraskan item dalam batas tertentu—sebagai contoh, teks di dalam sel hamparan atau baris jadual dalam dokumen. | ||||||||||
Alih ke kiri | Tunjukkan bar sisi, bar alat, tetingkap atau lokasi lain boleh dialihkan dan disaiz semula ke sebelah kiri. | ||||||||||
Alih kanan | Tunjukkan bar sisi, bar alat, tetingkap atau lokasi lain boleh dialihkan dan disaiz semula ke sebelah kanan. | ||||||||||
Alih ke kiri atau kanan | Tunjukkan bar sisi, bar alat, tetingkap atau lokasi lain boleh dialihkan dan disaiz semula ke sebelah kiri atau kanan. | ||||||||||
Alih ke atas | Tunjukkan bar sisi, bar alat, tetingkap atau lokasi lain boleh dialihkan dan disaiz semula ke atas. | ||||||||||
Alih ke bawah | Tunjukkan bar sisi, bar alat, tetingkap atau lokasi lain boleh dialihkan dan disaiz semula ke bawah. | ||||||||||
Bergerak ke atas atau ke bawah | Tunjukkan bar sisi, bar alat, tetingkap atau lokasi lain boleh dialihkan dan disaiz semula ke atas atau ke bawah. | ||||||||||
Rerambut silang pilihan tangkapan skrin | Tunjukkan anda boleh seret untuk memilih apa yang anda mahu untuk masukkan dalam tangkapan skrin. | ||||||||||
Kamera tangkapan skrin tetingkap dan menu | Tunjukkan tangkapan skrin yang anda ambil adalah dari keseluruhan tetingkap atau arahan pada menu. | ||||||||||
Tidak dibenarkan | Tunjukkan item yang anda seret tidak boleh ditempatkan dalam lokasi semasa. | ||||||||||
Item dimuatkan | Muncul apabila item dimuatkan. Anda masih boleh gerakkan penuding ke tempat lain. | ||||||||||
Tunggu kursor | Muncul apabila tundaan lebih dari beberapa saat berlaku. |