Gunakan tataletak papan kekunci Dvorak pada Mac
Jika anda mempunyai kesulitan menggunakan papan kekunci QWERTY, tukar ke tataletak papan kekunci Dvorak, yang dapat mengurangkan keperluan untuk menggerakkan tangan dan jari anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Papan Kekunci, kemudian klik Sumber Input.
Klik butang Tambah , kemudian cari Dvorak.
Pilih satu atau lebih item tataletak Dvorak, kemudian klik Tambah.
Dvorak: Kekunci yang paling biasa digunakan adalah di bawah jari anda.
Dvorak - Tangan-Kiri: Kekunci yang paling biasa digunakan adalah di bawah tangan kiri anda.
Dvorak - QWERTY ⌘: Buat sementara waktu mengubah tataletak ke QWERTY apabila anda tekan dan tahan kekunci Command.
Dvorak - Tangan-Kanan: Kekunci yang paling biasa digunakan adalah di bawah tangan kanan anda.
Apabila “Tunjukkan menu Input dalam bar menu” dipilih dalam anak tetingkap Sumber Input, menu Input muncul dalam bar menu. Anda boleh menggunakan menu Input untuk menukar tataletak papan kekunci semasa bekerja dan mengakses Pemapar Papan Kekunci untuk mempratonton tataletak.