Sediakan modem dail untuk menyambung secara automatik pada Mac
Sediakan modem anda untuk bersambung ke internet secara automatik apabila anda menggunakan app yang memerlukan sambungan, seperti Safari atau Mail.
Selepas modem anda disediakan, pada bila-bila masa anda membuka app yang memerlukan sambungan ke internet, modem akan mendail ISP anda dan bersambung.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Pilih modem anda dalam senarai pada sebelah kiri.
Jika modem anda tiada dalam senarai, pastikan sama ada ia dipasangkan pada komputer anda atau bersambung ke port USB jika ia sebuah modem luaran. Klik butang Tambah di bahagian bawah senarai, klik menu timbul Antara Muka, kemudian pilih Modem. Berikan nama perkhidmatan modem anda, kemudian klik Cipta. Masukkan seting untuk akaun PPP anda.
Klik Lanjutan, kemudian klik PPP.
Pilih “Sambung secara automatik apabila diperlukan.”
Pilih seting sambungan lain, seperti “Putuskan sambungan apabila pengguna log keluar,” atau “Putuskan sambungan apabila menukar akaun pengguna.”