Gunakan sambungan WWAN pada Mac
Jika perkhidmatan wayarles anda menyokongnya, dan anda mempunyai penyesuai rangkaian kawasan luas wayarles (WWAN) yang menyokong Sistem Sejagat untuk Komunikasi Mudah Alih(GSM) atau (SDMA), anda boleh sambung komputer anda ke internet menggunakan rangkaian selular. Ini berguna jika anda berada di kawasan tanpa rangkaian berwayar atau wayarles.
Selepas anda menyediakan akaun anda dengan pembekal wayarles anda dan sambungkan penyesuai WWAN ke komputer anda, keutamaan Rangkaian membuka dan memaparkan tetapan sambungan WWAN anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Pilih sambungan WWAN anda dalam senarai di sebelah kiri.
Pastikan nama akaun anda adalah betul, kemudian masukkan kata laluan untuk akaun anda, jika perlu.
Klik Sambung untuk memulakan sambungan anda. Selepas anda bersambung, anda boleh memantau masa anda telah bersambung, status paket dihantar dan paket diterima dan melihat alamat IP sambungan digunakan.
Pilih "Tunjukkan status WWAN dalam bar menu" dalam anak tetingkap WWAN dari keutamaan Rangkaian untuk menyimpan ikon status WWAN dalam bar menu.
Untuk melaraskan setting WWAN yang lain (seperti proksi DNS), laras seting pelayan WINS atau mengubah vendor dan model modem anda, klik Lanjutan.