![](https://help.apple.com/assets/605932B4A1B7A93F492858E8/605932C0A1B7A93F492858FF/ms_MY/159427dbd559aa56f746020d09bdfb2e.png)
Pengguna baru atau persediaan kumpulan
Masukkan maklumat untuk menambah pengguna atau kumpulan baru.
Nota: Jika kunci di bahagian kiri bawah anak tetingkap dikunci , kliknya untuk membuka kunci anak tetingkap keutamaan.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Akaun Baru | Pilih jenis akaun yang anda mahu sediakan:
| ||||||||||
Nama Penuh | Nama penuh untuk pengguna atau kumpulan. | ||||||||||
Nama Akaun | Nama akaun dijana secara automatik untuk pengguna baru. Nama akaun kadangkala dipanggil nama pendek, kerana ia selalunya versi lebih pendek nama penuh atau nama yang anda cipta. Anda boleh ubah nama akaun sekarang, tetapi anda tidak boleh ubahnya selepas persediaan akaun. Nama akaun digunakan untuk nama folder utama pengguna dan ia boleh juga digunakan sebagai nama log masuk. | ||||||||||
Kata laluan, Sahkan dan pembayang Kata Laluan | Masukkan kata laluan untuk pengguna baru dalam medan Diperlukan dan Sahkan, kemudian masukkan pembayang yang boleh membantu pengguna mengingati kata laluan. Untuk menggunakan Pembantu Kata Laluan, klik kunci | ||||||||||
Cipta Pengguna atau Cipta Kumpulan | Untuk menyelesaikan persediaan pengguna baru, klik Cipta Pengguna. Untuk menyelesaikan persediaan kumpulan baru, klik Cipta Kumpulan. |
Untuk mendapatkan maklumat tentang dasar privasi Apple, lihat tapak web Dasar Privasi Apple.
Jika Mac atau Magic Keyboard anda mempunyai Touch ID, pengguna baru boleh menambah cap jari selepas melog masuk ke Mac.