
Tukar seting Ethernet pada Mac
Pada Mac anda, gunakan seting rangkaian Ethernet untuk menyediakan dan mengurus sambungan Ethernet anda.
Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple 
dalam bar sisi, kemudian pilih perkhidmatan Ethernet di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Buka seting Rangkaian untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
[nama perkhidmatan] | Nama perkhidmatan rangkaian dan penunjuk status sambungan. Klik Butiran untuk menukar seting untuk perkhidmatan rangkaian. Lihat Seting Butiran Ethernet di bawah. | ||||||||||
Padam Perkhidmatan | Keluarkan perkhidmatan rangkaian. | ||||||||||
Jadikan Tidak Aktif | Nyahaktifkan perkhidmatan rangkaian. | ||||||||||
Seting Butiran Ethernet
Klik Butiran untuk menukar seting di bawah.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama | Nama perkhidmatan rangkaian. Untuk menukar nama, pilih nama, kemudian masukkan nama baharu. | ||||||||||
Hadkan penjejakan alamat IP | Hadkan penjejakan alamat IP dengan menyembunyikan alamat IP anda daripada penjejak yang diketahui dalam Mail dan Safari. Jika anda melanggan iCloud+ dan mengaktifkan Geganti Peribadi dalam seting iCloud, ia dinyahaktifkan apabila anda menyahpilih pilihan ini. | ||||||||||
TCP/IP | Konfigurasi IPv4 dan IPv6 atau perbaharui pajakan DHCP. Lihat Tukar seting TCP/IP. | ||||||||||
DNS | Konfigurasikan pelayan DNS dan domain carian. Lihat Tukar seting DNS. | ||||||||||
WINS | Konfigurasikan seting Perkhidmatan Nama Internet Windows (WINS). Lihat Tukar seting WINS. | ||||||||||
802.1X | Sambungkan ke rangkaian yang dilindungi oleh 802.1X, lihat seting profil 802.1X dan dayakan sambungan automatik. Lihat Tukar seting 802.1X. | ||||||||||
Proksi | Konfigurasi proksi internet. Lihat Tukar seting proksi. | ||||||||||
Perkakasan | Konfigurasi seting perkakasan dan lihat alamat MAC perkakasan. Lihat Tukar seting Perkakasan. | ||||||||||