iCloud+

iCloud+ ialah perkhidmatan langganan yang menyediakan segalanya yang anda sudah terima dengan iCloud, tetapi dengan lebih banyak storan dan ciri premium, termasuk Geganti Peribadi iCloud, perkhidmatan yang melindungi privasi anda dalam talian; Sembunyikan E-mel Saya, cara yang mudah untuk mencipta alamat e-mel unik dan rawak pada bila-bila masa anda memerlukannya; dan sokongan dikembangkan untuk rakaman Video Selamat HomeKit supaya anda boleh menyediakan lebih banyak kamera keselamatan rumah.

Anda boleh melanggan iCloud+ atau Apple One, yang menyertakan iCloud+ dan perkhidmatan lain. Lihat artikel Sokongan Apple Gabungkan langganan Apple dengan Apple One.

Nota: Apple One dan iCloud+ tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.