Tukar keutamaan pengguna Perkongsian Sahaja Pengguna & Kumpulan pada Mac
Jika anda ialah pentadbir Mac, anda boleh mereset kata laluan dan menukar gambar pengguna berkongsi sahaja. Ketahui cara untuk menyediakan pengguna perkongsian sahaja.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Pengguna & Kumpulan, kemudian pilih pengguna Perkongsian Sahaja di sebelah kiri.
Buka keutamaan Pengguna & Kumpulan untuk saya
Nota: Jika kunci di bahagian kiri bawah anak tetingkap dikunci , kliknya untuk membuka kunci anak tetingkap keutamaan.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Gambar pengguna | Klik gambar pengguna untuk mengeditnya, kemudian pilih gambar baru.
Anda boleh seret fail imej daripada Finder ke gambar berbanding mengklik gambar. | ||||||||||
Reset Kata Laluan | Klik butang ini untuk mengubah kata laluan dan pembayang kata laluan pengguna berkongsi sahaja. Untuk menggunakan Pembantu Kata Laluan, klik kunci bersebelahan medan Kata Laluan. Lihat Petua untuk mencipta kata laluan selamat. | ||||||||||
Tambah dan Keluarkan | Untuk menambah pengguna atau kumpulan baru, klik butang Tambah , kemudian masukkan maklumat bagi pengguna atau kumpulan baru. Untuk memadam pengguna atau kumpulan, pilihnya dalam senarai, kemudian klik butang Keluarkan . Lihat Padam pengguna atau kumpulan. |
Untuk memberikan kebenaran pengguna untuk akses fail atau skrin dikongsi, anda mungkin perlu untuk menukar seting dalam Perkongsian Fail, Perkongsian Skrin, atau anak tetingkap Pengurusan Jauh dari keutamaan Perkongsian. Lihat Sediakan perkongsian fail dan Selepas komputer anda disambungkan ke SAN, volum Xsan kekal dilekapkan pada komputer anda sehingga anda atau pentadbir mengeluarkan profil konfigurasi Xsan (walaupun anda mendaftar keluar daripada macOS atau mula semula Mac anda)..