Gunakan papan kekunci anda seperti tetikus dengan Mac
Anda boleh menggunakan papan kekunci anda untuk melaksanakan banyak tindakan yang sama seperti menggunakan tetikus, iaitu menavigasi ke atau memilih menu, ikon, kotak teks, senarai dan item dalam tetingkap dan dialog. Dengan navigasi papan kekunci, anda boleh menggunakan kekunci Tab untuk mengalihkan fokus ke hadapan, atau tekan kekunci Shift dan Tab pada masa yang sama untuk mengalihkan fokus ke belakang.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Papan Kekunci dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah).
Aktifkan “Navigasi papan kekunci”.
Dengan pilihan ini diaktifkan, anda boleh menggunakan kekunci Tab untuk menavigasi ke semua kawalan pada skrin.
Untuk kembali menjadikan kekunci Tab hanya menavigasi ke kotak teks dan senarai, nyahaktifkan Navigasi Papan Kekunci.
Anda juga boleh mendayakan Akses Papan kekunci Penuh dalam seting Kebolehcapaian untuk menggunakan kekunci Tab dan kekunci lain bagi menavigasi kawasan dan item pada skrin. Lihat Navigasi Mac anda menggunakan Akses Papan Kekunci Penuh.
Jika anda menghadapi kesukaran melihat skrin, anda boleh menggunakan VoiceOver, pembaca skrin terbina dalam pada Mac anda, untuk menavigasi, mendengar dan berinteraksi dengan kawalan serta item pada skrin. Lihat Panduan Pengguna VoiceOver.