Navigasi Mac anda menggunakan Akses Papan Kekunci Penuh
Dengan Akses Papan Kekunci Penuh didayakan, anda boleh menggunakan kekunci Tab dan kekunci lain untuk menavigasi setiap unsur UI pada skrin dan menavigasi Mac anda, berbanding menggunakan tetikus atau trackpad. Akses Papan Kekunci Penuh menyorotkan item pada skrin yang mempunyai fokus. Anda boleh menyesuaikan warna, kontras dan saiz serlahan.
Aktifkan Akses Papan Kekunci Penuh
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Kebolehcapaian dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Motor di sebelah kanan, klik Papan Kekunci, kemudian aktifkan Akses Papan Kekunci Penuh.
Buka seting Papan Kekunci untuk kebolehcapaian untuk saya
Klik butang Info untuk menukar penampilan Akses Papan Kekunci Penuh (sebagai contoh, warna rangka). Klik Perintah untuk melihat senarai lengkap perintah Akses Papan Kekunci Penuh, menyesuaikan pintasan untuk perintah lalai, mengesetkan pintasan untuk perintah lanjutan, atau memulihkan pintasan lalai.
Petua: Apabila Akses Papan Kekunci Penuh didayakan pada Mac anda, tunjukkan pintasan Akses Papan Kekunci Penuh secara cepat dengan menekan Tab-H, kemudian menggunakan kekunci anak panah untuk menavigasi senarai.
Navigasi menggunakan Akses Papan Kekunci Penuh
Apabila Akses Papan Kekunci Penuh didayakan pada Mac anda, lakukan mana-mana yang berikut menggunakan perintah lalai:
Alih ke unsur UI seterusnya: Tekan kekunci Tab.
Alih ke unsur UI sebelumnya: Tekan Shift-Tab.
Pilih item: Tekan bar Space.
Alihkan dalam kumpulan (seperti senarai fail dalam folder atau item dalam bar sisi): Tekan kekunci Anak Panah Atas atau Anak Panah Bawah, atau kekunci Anak Panah Kiri atau Anak Panah Kanan. Akses Papan Kekunci Penuh menyorotkan kumpulan dan item di dalam kumpulan yang mempunyai fokus.
Cari item: Tekan Tab-F.
Buka Pemilih Tingkap: Tekan Tab-W.
Buka Pemilih Aplikasi: Tekan Tab-A.
Lompat ke bar menu: Tekan Control-F2.
Lompat ke Dock: Tekan Fn-A.
Buka Pusat Kawalan: Tekan Fn-C.
Buka Pusat Pemberitahuan: Tekan Fn-N.
Alihkan penuding ke tempat fokus papan kekunci: Tekan Tab-C.
Kebanyakan perintah lalai dan lanjutan tambahan tersedia apabila menavigasi dengan Akses Papan Kekunci Penuh. Untuk melihat senarai penuh perintah Akses Papan Kekunci Penuh, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik Papan Kekunci di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Klik butang Info bersebelahan Akses Papan Kekunci Penuh, kemudian klik Perintah.
Sesuaikan perintah Akses Papan Kekunci Penuh lalai dan lanjutan
Anda boleh menukar pintasan papan kekunci yang dikaitkan dengan perintah Akses Papan Kekunci Penuh lalai. Anda juga boleh mengesetkan pintasan papan kekunci untuk perintah lanjutan tambahan.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Kebolehcapaian dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Motor di sebelah kanan, kemudian klik Papan Kekunci.
Klik butang Info bersebelahan Akses Papan Kekunci Penuh, kemudian klik Perintah.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Setkan pintasan papan kekunci tersuai untuk perintah lalai: Klik nama perintah yang anda mahu sesuaikan pintasan, kemudian klik medan teks di sebelah kanan nama perintah. Tekan kekunci papan kekunci yang anda mahu gunakan sebagai pintasan.
Setkan pintasan papan kekunci untuk perintah lanjutan: Skrol ke Lanjutan, klik nama perintah yang anda mahu setkan pintasan, kemudian klik medan teks di sebelah kanan nama perintah. Tekan kekunci papan kekunci yang anda mahu gunakan sebagai pintasan.
Pulihkan pintasan papan kekunci lalai: Klik Pulihkan Lalai. Ini juga mengeluarkan pintasan papan kekunci untuk perintah lanjutan, jika ada.
Klik OK.
Nyahdayakan Akses Papan Kekunci Penuh buat sementara
Apabila Akses Papan Kekunci Penuh didayakan pada Mac, anda boleh menggunakan Mod Serah Semua untuk menyahaktifkannya buat sementara apabila diperlukan—sebagai contoh, jika anda bermain permainan dalam talian dan tidak mahu Akses Papan Kekunci Penuh mengganggu interaksi permainan—kemudian mengaktifkannya kembali.
Aktifkan atau nyahaktifkan Mod Serah Semua: Tekan Control-Option-Command-P.
Jika perintah Akses Papan Kekunci Penuh lalai yang diterangkan di atas tidak berfungsi seperti yang dijangka, anda mungkin perlu memulihkan perintah lalai. Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik Papan Kekunci di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Klik butang Info bersebelahan Akses Papan Kekunci Penuh, klik Perintah, kemudian klik Pulihkan Lalai.