Gunakan papan kekunci anda seperti tetikus
Anda boleh menggunakan papan kekunci anda untuk melaksanakan banyak tindakan yang sama seperti menggunakan tetikus, iaitu menavigasi ke atau memilih menu, ikon dan item dalam tetingkap dan dialog. Dengan akses penuh papan kekunci, anda boleh menggunakan kekunci Tab dan kekunci anak panah untuk navigasi ke item pada skrin dan bar Space untuk memilih item.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Papan Kekunci, kemudian klik Pintasan.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Untuk navigasi ke kotak teks dan senarai pada skrin sahaja, pilih “Kotak teks dan senarai sahaja.”
Untuk navigasi ke semua kawalan pada skrin, pilih “Semua kawalan.”
Anda juga boleh menggunakan VoiceOver, antara muka lisan dalam macOS, untuk menavigasi, mendengar dan berinteraksi dengan setiap kawalan dan item pada skrin.