![](https://help.apple.com/assets/605932B4A1B7A93F492858E8/605932C0A1B7A93F492858FF/ms_MY/a9c43ef6f3e0c8ac12f623ea8037b289.png)
Tukar keutamaan Penyelamat Skrin pada Mac
Pada Mac anda, gunakan anak tetingkap Penyelamat Skrin pada Keutamaan Sistem Desktop & Penyelamat Skrin untuk menyembunyikan desktop apabila anda tidak berada berdekatan Mac anda atau jika anda memerlukan privasi tambahan. Ketahui cara menggunakan penyelamat skrin.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple
Buka anak tetingkap Penyelamat Skrin untuk saya
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Tunjukkan penyelamat skrin selepas | Klik menu timbul, kemudian pilih tempoh Mac anda boleh tidak aktif sebelum penyelamat skrin bermula. Jika anda tidak mahu menggunakan penyelamat skrin, nyahpilih kotak semak. Simbol amaran ditunjukkan jika paparan anda disetkan untuk dinyahaktifkan (seperti ditentukan dalam keutamaan Penjimat Tenaga atau keutamaan Bateri) sebelum penyelamat skrin bermula. |
Senarai penyelamat skrin | Pada bahagian kiri, pilih penyelamat skrin, seperti Terapung, Cetakan Vintaj, atau Flurry. Pratonton kecil di bahagian kanan menunjukkan rupanya. Penyelamat skrin Karya Seni Album paling berkesan apabila pustaka Muzik anda mengandungi karya seni. |
Pilihan untuk penyelamat skrin yang dipilih | Pada bahagian kanan, pilih pilihan (ia berbeza bergantung pada penyelamat skrin yang anda pilih).
|
Gunakan penyelamat skrin rawak | Benarkan macOS memilih penyelamat skrin untuk digunakan. |
Tunjukkan dengan jam | Paparkan masa semasa dengan penyelamat skrin. |
Sudut Pantas | Mulakan atau hentikan penyelamat skrin apabila anda mengalihkan penuding ke sudut skrin. Lihat Gunakan sudut pantas. Klik menu timbul untuk satu sudut, kemudian pilih Mulakan Penyelamat Skrin atau Nyahdayakan Penyelamat Skrin. Untuk melihat pengubahsuai dengan sudut pantas, tekan dan tahan kekunci Command, Shift, Option, atau Control, atau kombinasi kekunci ini, semasa melihat menu timbul. |
Petua: Mahu melihat bagaimana penyelamat skrin kelihatan dalam skrin penuh? Pilih penyelamat skrin daripada senarai, alihkan penuding ke atasnya di sebelah kanan, kemudian klik Pratonton. Untuk hentikan penyelamat skrin dan kembali ke anak tetingkap keutamaan, hanya alihkan penuding.